Monday, March 21, 2011

Tertekan


Kenapa kau buatku begini?? Kenapa kau layanku sedemikian rupa?? Kau tahu tak kau telah menyiksa mental dan emosi ku?? Aku sangat tertekan akan situasi yang kau ciptakan ini..aku telah membazirkan air mataku yang mahal ini hanya kerana kau..kau tahu ape maknanya? Kau takkan pernah nak menghargai apa yang ada di depan mata kau sekarang..

Apakah kelahiran aku bukan sesuatu yang kau harapkan? Adakah aku menjadi beban sepanjang aku bersama kau? Pernah tak kau terfikir ini semua dugaanNya untukmu? Siapa yang beriya mencipta aku? Siapa yang terhegeh-hegeh mengejar wanita yang menjadi kegilaan kau?? Bukan kau ke? And then kau menyesal dengan apa yang telah kau buat selama ini?

Dayus sungguh la..! Cuma satu aku respect..kau tidak pernah menaikkan mana-mana anggota badan kau..cuma setiap kata-kata kau lemparkan memang akan tersemat kukuh di kepalaku..selagi jantung aku masih berdenyut..akanku ingat setiap mimik wajah yang kau lukai..akan aku ingat setiap kata-kata yang kau lemparkan..aku juga masih ingat tanpa kau, tiadalah aku..sebab itu la menjadi punca kenapa aku takut dan fobia kepada komitmen..aku tak mahu melalui peristiwa yang sama..bagiku..spesis kau semuanya sama..

So, salah siapa aku jadi begini? Salah aku ke? Tolongla..aku dah penat..penat dalam mencari suatu hubungan yang pasti..penat dalam mencari sebuah jawapan kehidupan..penat dalam mengubah kau..tolonglah aku..

No comments: