Tuesday, July 26, 2011

Kahwin

Kahwin..apa yang korang tau pasal kahwin?? bagi aku, dengan berkahwinlah berkembangnya keluarga. Bila berkahwin, bukan saja dapat seorang isteri/suami, tapi juga extra emak/ayah dan siblings yang lain. Besar komitmennya sebuah perkahwinan!!

Kalau anda bersedia nak jadi suami/isteri, anda bersediakah nak menjadi anak dan siblings pada keluarga mertua?? Bagi aku, aku masih belom bersedia. Mungkin kerana sekarang aku masih single. Aku selesa dengan famili aku sendiri. Duduk rumah goyang bontot! Wahahahaa~ Selesa menjadi anak yang pemalas. Bila berkahwin, kita perlu berubah. Sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri.

Melihat pada sebuah perkahwinan, luarannya nampak macam easy. Isteri masak, kemas rumah, mengandung, jaga anak, and of course jaga suami. Si suami pula, pergi kerja, cari nafkah, balik rumah, bantu isteri mana yang patut and jaga isteri. Nampak macam mudah kan. Setiap perkahwinan dugaannya berlaianan. Ada yang tiada anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Ada yang berubah perangai kerana semakin lama bersama. Kegawatan ekonomi keluarga kerana bilangan ahli keluarga semakin bertambah. Itu belum dicampur dengan hubungan dengan mertua. Macam-macamlah!

Aku masih senang single begini dari tertekan dengan semua masalah itu semua. Siapa yang taknak kahwin kan. Ada anak sendiri. Tapi mungkin sedikit sebanyak faktor sekeliling membuatkan aku takut untuk membuat komitmen untuk jangka masa panjang. Plus, aku masih mencari si dia yang sudi menerima aku luar dan dalam. Seperti kata penulisan di Terfaktab. Siapa yang tak baca Terfaktab kan..*senyum*


Selepas kahwin adakah cinta akan berkekalan?


Atau akan rapuh?

Tuesday, July 19, 2011

Hatiku ketika hening pagi

Kesejukan pagi ni menusuk-nusuk ke kulitku
Terasa mataku pedih kerana terlalu memaksa
Padahal ia sudah penat untuk terus bekerja
Kenapalah aku kerap memaksa diri

Apa yang sedang berlaku kini?
Kerapkali terimbau kenangan yang ingin dibuang pergi
Keseorangan acapkali membuat kita berfikir
Kehidupan akan datang dan yang lepas
Menyesal perit mengharapkan tidak pernah berlaku
Mengharap terpadam seperti pasir disirami air

Hati yang sunyi ingin mencari penawar rasa
Mengapa ditangguh jika pengubat berada di depan mata
Merobek sang hati terasa oleh badan

Sunday, July 10, 2011

Gadis pemalu

Di mana si gadis yang dulu
Pabila ditegur, tersipu-sipu malu
Menundukkan wajah
Ingin menyembunyikan rupa

Di mana si gadis yang dulu
Pabila dikerumuni rakan-rakan lelaki
Diam tidak berbunyi
Hanya tersenyum diusik

Kini yang tinggal hanya si gedik
Yang sentiasa membuat onar
Mencari mangsa dengan kenyitan dan senyuman goda
Cukup cantikkah kau?

*Si pemalu bertukar menjadi si gedik*

*Aku merindui si gadis pemalu*



Friday, July 08, 2011

Wanita, Perempuan

Pemikiran kaum wanita ni kompleks sebenarnya.. Mereka akan berkata apa lain dengan apa yang ada di fikirannya. Kenapa ye? Aku masih memikirkannya.. Susah sangat ke nak kata direct? Kalau suka, kata suka.. Kalau rindu, kata rindu.. Ini tak, mesti ada alasan lain bagi menutup apa yang dia rasa...


Aku wanita..yang masih mencari erti kehidupan..
Apa tujuan hidup ini.. ianya dugaan semata
Penuh dengan ranjau
Hidup dengan hanya membuat dosa

Mudah sebenarnya membuat kebaikan
Tapi seringkali menutup mata
Memekakkan telinga

Kaum yang mudah menjadi penghuni syurga
Juga kaum yang senang memjadi bara di neraka

sumber: sini

Tuesday, July 05, 2011

Boyfriend

Apa makna teman lelaki?? Adakah calon suami? Atau sekadar teman?
Just now, im watching baby face beauty .. Cinta tak mengenal usia. BF is younger than GF.. So, im wondering, if i get BF who is younger than me..how its look like?? Hahaa~ Im not look so old rite?? Baby face orang kata.. =p

Baby-faced Beauty
*smile* Aku pun sometimes perangai macam budak-budak. So, aku nak kan lelaki yang look matured, who is can guide me..im careless, naive *urgh!*, moody.. But that me!! Lelaki yang boleh handle aku, yang memahami aku, yang tahan dengan karenah aku..*smile again* But its difficult to find man like that.. So, im wondering, where my future husband rite now... Darling! *panggil dengan penuh lemah lembut* Ayang tunggu darling ni...hohohoooo~

Opppsss!! 
Nak sambung tengok sampai habis...lalalalaa~

Monday, July 04, 2011

Dugaan aku


Kenapa aku jadi begini??
Kenapa aku melawan fitrah alam dan hukum??
Apakah aku yang diminta dijadikan begini??

Sukar untuk aku menangkis perasaan
Ianya hadir di kala aku tidak memerlukannya
Mujur tiada yang sudi menghulurkan salam perkenalan
Namun ia tetap menakutkan aku

Takut akan hukum karma
Takut pada hari pembalasan kelak

Ianya dugaan buatku
Menyukai kaum sejenis
Dikeji di dunia, dan dilaknat di akhirat
Aku tidak sanggup menempuhinya

Aku bersabar menunggu kedatangan putera idamanku
Bagi menghapuskan perasaan yang tidak patut hadir ini
Namun hingga kini belum ada petanda 

Apakah aku dapat mengharungi seorang diri?
Aku takut..
Sesungguhnya aku benar-benar takut..

Sudah jauh aku menyimpang dari landasan
Kau bantulah aku dengan mengurniakan hidayah
Atau hapuskan saja perasaan yang masih utuh dalam diriku ini
Aku tidak berdaya melawan seorang diri
Aku rapuh..


Sunday, July 03, 2011

Tears


I dont know why..tonite i just want to cry..cry like no tomorrow for me..cry for everything that happen.. Why im still single..why im so stupid.. why nobody care for me..hahaa~ all small matters.. All i want rite now, somebody beside me.. i miss u..