Thursday, August 25, 2011

Apa beza.....???


Apa beza cinta dan sayang?

Cinta
Hanya certain person yang layak.. Tapi sering kali terkecewa.. Hanya satu yang tidak mengecewakan. Tapi sering kali gagal untuk memenuhiNya. Alasan demi alasan dicipta.. Akhirnya kosong tidak berisi.

Sayang
Tidak terhad. Semua boleh. Benda bernyawa, yang tidak bernyawa..

Untuk mencari sayang tidak sukar tapi untuk mencari cinta, agak sukar bagi aku. Tambahan tidak semua mampu memberikan cinta yang kita impikan. Hanya SATU. Tapi kita pula yang sering melupakanNYA. Alpa sungguh aku!! Mungkin kerana itulah aku sering diuji bagi mengingatkan aku padaNYA. Mungkin aku tidak mendapat cinta dari insan yang bergelar lelaki, tetapi cintaNYA padaku sering kali bersamaku. Doakan aku berubah ke arah yang lebih baik...

Aku berserah kepadaMU

Keluarga impianku


Penantian suatu penyeksaan!!

Menanti itu menyakitkan.. Aku bukan seorang yang penyabar... So, agak sukar untuk aku menanti dengan sabar. Tiadakah jawapan bagi penantianku ini? At least aku tidak membuang masa dengan menanti.. Please gimme some hint!!

Wednesday, August 24, 2011

Malu tapi mahu


Aku macam tak percaya dengan apa yang aku wish.. I never wish something like that before. But this time i really want it become true. Really want it.. Please GOD, i wish u granted my wish this time. Please..!! Aku terlalu suka smpai aku ingin menjerit pada satu dunia. And my heart also say same thing. Hehee..teruknya aku!!


Monday, August 22, 2011

Di saat kau menghadirkan diri


Hatiku sekali lagi teruji
Sukarnye untuk memerangkap perasaan ini
Serik untuk aku mengecewakan diri sendiri
Memberi harapan palsu pada hati
Akhirnya padah memakan diri

Di kala ini, mata aku menjadi pedih
Mudah benar menjadi sebak
Bergetar tatkala terpandang
Cair ketika kuntum bibir memekar senyuman
Lupa di mana bumi berpijak

Kerapkali cuba menyedarkan diri
Tiada happy ending bila berkait dengan diriku
Seringkali memadamkan impian
Emosi datang bertalu-talu menyedarkan hati
Hati masih terasa dipukul bertalu-talu
Ya tuhan, aku benar-benar rasa terdera
Bantulah aku hadapinya


Tuesday, August 02, 2011

Happy ending love story

Apa yang kau mahukan?? Manusia takkan pernah berpuas hati. Ada saja yang tak kena. Tadi aku baca novel Hlovate. Penulisannya aku suka. Tapi cerita cintanya membuatkan aku sayu.. Kenapa aku sedih? Cerita lovey dovey ni sometimes make me feel lonely.. Sebab aku masih single..!! Tu la.. Tapi yang membuatkan aku lebih sedih bukan lah sebab aku single (betol la!!), tapi the ending yang menggembirakan. Kalau sesiapa yang selalu baca novel, korang mesti mahukan ending yang happy kan... Happily ever after.. Nonsense!!!

Setiap life kita ni takkan ada happily ever after.. Why?? Because, masa bercinta, semuanya indah. 7-8 tahun bercinta..then married. Haa~ malapetaka datang melanda.. Masa inilah tunggang langgang segala isi rumah. Suara tu usah nak cakaplah, macam nak bagi satu dunia dengar. Padahal jarak tu, berbisik pun boleh dengar. Yang paling tak boleh blah, semua perkara menyakitkan mata. Apa pun tak bleh! Tak macam sewaktu bercinta dulu.. Kini yang indah menjadi nightmaresssssss.. Hahhaaaa!!!!!!

Tu aku cakap manusia ni takkan pernah nak puas hati. Ada je yang tak kena. Dah dapat bini yang cun melecun, laki lain pandang pun meleleh air liur..tu pun boleh nak diceraikan. Yang pompuan pulak, dapat hasben yang macho giler!! Semua pompuan dok melopong tengok sebab tak dapat hasben macam tu.. Tu pun nk minta diceraikan. Bergegar tiang Arasy!!

Payah aku nak percayakan cinta. Sebab bagi aku, ianya susah nak dikekalkan. Cinta novel yang mana endingnya happy tu bagi aku mengarut. Bila dah kahwin, tamat.. Wekkk!! Cerita yang sebenar bermula bila lafaz "aku terima nikahnya". Itulah cerita sebenarnya. Berapa ramai yang boleh kekalkan cinta hingga akhir hayat? Berapa ramai yang mampu bertahan selepas 5 tahun hidup bersama? Keruntuhan akhlak remaja bermula dari rumah.. Cinta...??? heh!!!