Sunday, July 05, 2015

Penat Memikirkanmu

aku penat dalam menjaga hubungan ini
sedangkan kau sibuk dengan rakan2mu
aku penat menjaga hatimu
sedangkan hatiku sendiri sering terguris

silap salahku sering nampak dimatamu
silap salahmu, aku pejamkan saja

silapku kerana menggilaimu
sedangkan kau hanya menikmati
salahku kerana mudah memaafkanmu
sedangkan kau sering mengulanginya

aku sering dipulaukan orang sekeliling
tidak mengapa, aku masih dapat bertahan
tetapi bila dengan orang yang aku sayang
aku kalah serta merta.. hatiku rapuh

kau hiduplah dengan caramu
aku tidak ingin campur tangan
tapi jika kau memerlukan aku
aku akan sentiasa berada disisimu
kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku