Showing posts with label risau. Show all posts
Showing posts with label risau. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Kau.. Aku... Bukan Milik Kita

Di kala aku keseorangan, kau datang
Menagih sayangku, menagih cintaku
Kesunyian membuatmu datang kepadaku
Semakin rapat, mengisi ruang hatiku

Berkali aku menolakmu dengan lembut
Menjarakkan diri dari menghampiri mu
Tapi kau datang tanpa kenal jemu
Mengikutku kemana ku pergi, kaki melangkah

Di Semenanjung,
Kau sanggup redah hujan menunggang motor
Hanya untuk bertemu denganku
Melepaskan rindu, dengan hanya memandang wajahku

Selepas bertukar status hubungan
Kurasa hubungan semakin jauh, sejauh jarak kedudukan kita
Segala kenangan manis, perlahan-lahan bertukar
Menjadi kepedihan yang mecucuk setiap masa

Aku tidak tahu di mana silapku
Perlahan-lahan kau berubah hati

Jika salahku hanya kerana hubungan jarak jauh
Sepatutnya dari mula lagi kau tidak mendekatiku

Aku tidak lagi kenal dirimu
Tiada lagi sms, whatsapp ucapan rindu sayang darimu
Tiada lagi panggilan telefon melepaskan rindu
Malah, bau badanku juga sudah kau jelek

Bila kali terakhir kita benar-benar bersama?
Hanya kau dan aku...
Aku hanya nampak masalah, tak mungkin kita akan bersama
Pembinaan masjid antara kau dan aku, hanya tinggal mimpi
Kau bukan untukku, dan aku bukan untukmu

Aku telah lama kehilangan rasa cinta kau untukku
Aku hanya berpaut pada mimpi anganku
Kau,. sebenarnya telah lama kembalikan hatiku
Aku.. yang tidak mahu tersedar dari fantasi

Monday, November 30, 2015

Aku Pengemis Cinta

Pedih bila setiap kali kita bergaduh, akhirnya aku yang mengalah
Aku kalah dengan perasaanku sendiri

Aku tau kau dah tidak seperti dulu, mencintaiku sepenuhnya
Kini, kau dengan dunia kau.. sahabat dan kerja...
Aku diketepikan dulu.. tidak begitu penting..

Seringkali aku tertanya sendiri, tanpa jawapan...
Siapakah aku dimatamu, dihatimu?
Apakah aku memberi impak pada dirimu?

Aku hanya aku...
Kau hanya kau...
Kau dan aku sudah berbeza jalanan...
Kau ke kiri, aku ke kanan...

Perkhabaran yang ku dengar seringkali ini, benar-benar membuatku berfikir...
Mengikut akalku, tinggalkan saja kau..
Kau tidak pernah fikirkan aku, tidak pernah bertanya khabarku...
Mungkin aku akan ditingggalkan....
Tapi hati lebih menguasai...
Apa yang harus kulakukan?

Thursday, May 28, 2015

Lelakiku Encik Sotong

Susahnyalah nak jaga hati seorang makhluk ni
Rajuknya mengalahkan pompuan!!

Kenapalah yang dilarang tu la nak jugak
Kita je nak kena jaga hati dia huuhuhu
Sakit!!

Bila jauh rasa rindu
Bila depan mata, rasa geram pulak


Wednesday, February 01, 2012

im looking..im still looking

im still looking for him, HIM..
waiting and waiting.. 


Sunday, November 13, 2011

Gold Digger

Mengikis, pisau cukur, attractive, beautiful...
Some points for gold digger. Jarang jumpa yang tak cantik..bertubuh langsing, menarik hati, da boom! But me?? Im not one of them..but i am chasing money...

Lelaki...
Jika kau sayangkan wanita itu, jangan kau taburkan wang/material kepadanya
Kerana kau sedang mengajarnya menjadi senang tanpa perlu susah
Kau menyelesakan keadaannya, memenuhi setiap kehendaknya dengan mudah
Sekali kau jatuh terduduk, belum tentu dia akan bersama-sama denganmu

Wanita...
Jangan cepat kau terleka dengan hasutan material dunia
Kerana ia hanya menggelapkan hati dan jiwamu dan seterusnya membinasakan dirimu
Setiap yang senang itu akan didatangkan dengan dugaan yang mencabar
Sekali kau terleka, mudahlah kau jatuh ke lembah yang hina


Monday, August 22, 2011

Di saat kau menghadirkan diri


Hatiku sekali lagi teruji
Sukarnye untuk memerangkap perasaan ini
Serik untuk aku mengecewakan diri sendiri
Memberi harapan palsu pada hati
Akhirnya padah memakan diri

Di kala ini, mata aku menjadi pedih
Mudah benar menjadi sebak
Bergetar tatkala terpandang
Cair ketika kuntum bibir memekar senyuman
Lupa di mana bumi berpijak

Kerapkali cuba menyedarkan diri
Tiada happy ending bila berkait dengan diriku
Seringkali memadamkan impian
Emosi datang bertalu-talu menyedarkan hati
Hati masih terasa dipukul bertalu-talu
Ya tuhan, aku benar-benar rasa terdera
Bantulah aku hadapinya


Tuesday, July 26, 2011

Kahwin

Kahwin..apa yang korang tau pasal kahwin?? bagi aku, dengan berkahwinlah berkembangnya keluarga. Bila berkahwin, bukan saja dapat seorang isteri/suami, tapi juga extra emak/ayah dan siblings yang lain. Besar komitmennya sebuah perkahwinan!!

Kalau anda bersedia nak jadi suami/isteri, anda bersediakah nak menjadi anak dan siblings pada keluarga mertua?? Bagi aku, aku masih belom bersedia. Mungkin kerana sekarang aku masih single. Aku selesa dengan famili aku sendiri. Duduk rumah goyang bontot! Wahahahaa~ Selesa menjadi anak yang pemalas. Bila berkahwin, kita perlu berubah. Sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri.

Melihat pada sebuah perkahwinan, luarannya nampak macam easy. Isteri masak, kemas rumah, mengandung, jaga anak, and of course jaga suami. Si suami pula, pergi kerja, cari nafkah, balik rumah, bantu isteri mana yang patut and jaga isteri. Nampak macam mudah kan. Setiap perkahwinan dugaannya berlaianan. Ada yang tiada anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Ada yang berubah perangai kerana semakin lama bersama. Kegawatan ekonomi keluarga kerana bilangan ahli keluarga semakin bertambah. Itu belum dicampur dengan hubungan dengan mertua. Macam-macamlah!

Aku masih senang single begini dari tertekan dengan semua masalah itu semua. Siapa yang taknak kahwin kan. Ada anak sendiri. Tapi mungkin sedikit sebanyak faktor sekeliling membuatkan aku takut untuk membuat komitmen untuk jangka masa panjang. Plus, aku masih mencari si dia yang sudi menerima aku luar dan dalam. Seperti kata penulisan di Terfaktab. Siapa yang tak baca Terfaktab kan..*senyum*


Selepas kahwin adakah cinta akan berkekalan?


Atau akan rapuh?

Monday, July 04, 2011

Dugaan aku


Kenapa aku jadi begini??
Kenapa aku melawan fitrah alam dan hukum??
Apakah aku yang diminta dijadikan begini??

Sukar untuk aku menangkis perasaan
Ianya hadir di kala aku tidak memerlukannya
Mujur tiada yang sudi menghulurkan salam perkenalan
Namun ia tetap menakutkan aku

Takut akan hukum karma
Takut pada hari pembalasan kelak

Ianya dugaan buatku
Menyukai kaum sejenis
Dikeji di dunia, dan dilaknat di akhirat
Aku tidak sanggup menempuhinya

Aku bersabar menunggu kedatangan putera idamanku
Bagi menghapuskan perasaan yang tidak patut hadir ini
Namun hingga kini belum ada petanda 

Apakah aku dapat mengharungi seorang diri?
Aku takut..
Sesungguhnya aku benar-benar takut..

Sudah jauh aku menyimpang dari landasan
Kau bantulah aku dengan mengurniakan hidayah
Atau hapuskan saja perasaan yang masih utuh dalam diriku ini
Aku tidak berdaya melawan seorang diri
Aku rapuh..


Saturday, April 23, 2011

Jatuh cintakah???

Hurmmm...

Dadaku berdebar-debar sepanjang hari..adakah kerana aktiviti seharian atau aku memang fall in love?? Aku cukup benci akan perasaan ini..kenapa la aku jatuh cinta pada orang yang tidak sepatutnye? Patut ke aku berasa seronok atau takut? Tapi sepanjang hari aku bersamanya, memang aku sungguh seronok..sehingga aku terlupa masa..terlupa nak makan..terlupa segala-galanya..lapar pun aku terlupa... Tenat sungguh perasaan ini..
Ape kaitan pic ni ngn love?? Ohhhh~

Sekarang aku mula merinduinya..padahal baru je kami berjauhan...acapkali aku memandang pada henfonku dengan harapan ada orang akan call atau sms masuk..barulah aku tidak kebosanan kan.. Ohh~ parah aku sekarang.. Apakah cara aku dapat menghilangkan wajahnya dari menghiasi fikiran aku??



Tiadakah orang mahu call @ sms aku???


Kenapa begitu sunyi kurasa sekarang..?? ohhh~ GOD help me... i hate this feeling..its killing me..! I hate you!

Thursday, March 17, 2011

Crazy

Aku dah macam orang gila kat sini..life's student tak seindah yang dibayangkan..siapa bayangkan life's student a jumpa chinta hati?? Siapa bayangkan life's student adalah rentak yang kita lagukan?? Huh! Semuanya hanya igauan..

STRESS!! Aku tak tahan..anyone can hold me..?? I really want support rite now..My mental really tired rite now..tomorrow i have test..but i cant understand anything..isk..isk..

Looking at my friends struggling to understand the chapter, i just sitting in front of my desk..my lappy..doing nothing! Maybe they stress to see my like this..but im more stress looking at them try to memorize the chapters.. Arghhh!!!

Wednesday, February 02, 2011

Kecelaruan

Good evening to all,

Dilema yang aku hadapi ni da lama..since zaman sekolah lagi.. Confius..tertekan..!! Since sekolah rendah sampai la aku sekolah menengah (and until now), aku memang jarang sangat-sangat cakap ngn kaum lelaki..aku cakap ngn dorang pun bila ada benda penting macam tiru keja rumah ke..tanya soalan ke..more than that memang aku tak tegur la..better slept when no teacher in class..nak-nak kelas aku special sebab ada air-cond..!! Heaven!! Kroh..kroo0h..~~

Apa dilema yang aku hadapi?? Adakah aku BISEKSUAL??? Yang ni slalu aku pikir since aku skolah...aku lebih tertarik pada kaum sejenis.. Aku pernah berkapel..n of course la dengan kaum adam.. Imagine aku still wild..with kaum sejenis.. Aduii la.. Aku risau ni sebenarnyer.. Macam mana kalau aku ni memang meminati kaum sejenis??? HELL  la jawapannya nanti..!! Gila ah!! Takut dowh!! Aku tak nak mati penuh dosa.. Aku masih ingat hukum halal haram okeis!!

*aku taknak jadi bahan bakar*

Tapi tu la nafsu aku more towards to kaum hawa..What should i do?? Ok..aku pernah berkapel dengan kaum jantan ni..aku ingat bila aku kapel dengan dia ni, minat aku tu akan berkurang la..or hilang terus..but still ada.. Then, we broke up.. Just because he said that we dont have chemistry.. Hell you!! Makin aku tak percayakan kaum yang satu ni.. Salah aku ke dalam bab ni?? Ke salah parent aku dalam mendidik anak dorang yang sorang ni?? But then, why my sis normal je??

Now, aku ada niat nak kawen..ada anak.. Yang ni normal kan?? Cuma bab seks tu je yang tak normal.. Aku pening..risau..takut.. Camne kalau aku memang betol bisek? Dua-dua boleh layan?? Untung la suami aku nanti kan.. Otak aku da jem..penat.. No more think bout this..


cute_girly_avatars_90.gif
*someone help me*