Thursday, December 31, 2015

Kau.. Aku... Bukan Milik Kita

Di kala aku keseorangan, kau datang
Menagih sayangku, menagih cintaku
Kesunyian membuatmu datang kepadaku
Semakin rapat, mengisi ruang hatiku

Berkali aku menolakmu dengan lembut
Menjarakkan diri dari menghampiri mu
Tapi kau datang tanpa kenal jemu
Mengikutku kemana ku pergi, kaki melangkah

Di Semenanjung,
Kau sanggup redah hujan menunggang motor
Hanya untuk bertemu denganku
Melepaskan rindu, dengan hanya memandang wajahku

Selepas bertukar status hubungan
Kurasa hubungan semakin jauh, sejauh jarak kedudukan kita
Segala kenangan manis, perlahan-lahan bertukar
Menjadi kepedihan yang mecucuk setiap masa

Aku tidak tahu di mana silapku
Perlahan-lahan kau berubah hati

Jika salahku hanya kerana hubungan jarak jauh
Sepatutnya dari mula lagi kau tidak mendekatiku

Aku tidak lagi kenal dirimu
Tiada lagi sms, whatsapp ucapan rindu sayang darimu
Tiada lagi panggilan telefon melepaskan rindu
Malah, bau badanku juga sudah kau jelek

Bila kali terakhir kita benar-benar bersama?
Hanya kau dan aku...
Aku hanya nampak masalah, tak mungkin kita akan bersama
Pembinaan masjid antara kau dan aku, hanya tinggal mimpi
Kau bukan untukku, dan aku bukan untukmu

Aku telah lama kehilangan rasa cinta kau untukku
Aku hanya berpaut pada mimpi anganku
Kau,. sebenarnya telah lama kembalikan hatiku
Aku.. yang tidak mahu tersedar dari fantasi

No comments: