Monday, December 19, 2011

sunyi mendesah jiwa

pedih..terluka..
sukarnya memuaskan hati semua orang
akhirnya hati kita yang terluka pedih

mungkin aku terlalu kejam
tapi itu untuk kebaikan juga

kenapa aku begini?
adakah ianya sudah mula berputik?
tapi disaat inginku siram
hatiku mula menyuram sepi

kutunggu dengan penuh sabar
namun ia masih belum menunjukkan tanda
diam sepi meresahkan hati

mungkin bukan dia yang kutunggu...

Thursday, December 15, 2011

terima kasih

terima kasih di atas sapaan lembut tu
terima kasih kerana memberikan senyuman yang ikhlas itu
terima kasih kerana memberitahu perkara sebenarnya
terima kasih kerana menzahirkan apa yang terlintas di hati dan fikiran itu

terima kasih yang tak terhingga
kerana berjaya mempermainkan jiwa yang naif
menganggap diri berjaya mencuri hati
rupanya hanya tempat bertaruh suka

indah dunia jika dihiasi cinta ikhlas
tidak ditemui walau hanya sekelumit
hanya derita di akhir perkenalan
untuk menguji kekuatan hati

terima kasih atas perasaan itu..
simpan saje lah ye!

Thursday, November 17, 2011

Unexpected!

Aku masih tersenyum sendiri memikirkan gelagat dia..sweet, and sometimes unexpected! Dia just too young for me..and i think macam funny pun ada. Just now, i got rambutan..! Hahaaa~ Malam-malam datang rumah aku just nak bagi rambutan??? Unexpected right?! Dah depan rumah baru call cakap ada depan rumah..


Thanks for the rambutan..aku tak makan pun sebab batuk...uhukkkk~

Monday, November 14, 2011

Aquarius Girl




Inconsistency and confusion describe the characteristics profile of an Aquarius female. The same goes for her love life too. She is very loyal, but at the same time, she is also a little detached and not extremely emotional. She will be committed and remain faithful too, but do not try to bind her. Let her enjoy her freedom and in return, she will come back to you when she gets tired of her expeditions. Her dreams are very different from that of a normal female and she hums a different tune, which most of us have not even heard of. 

An Aquarian female is like a butterfly, which sits on every flower, but belongs to none. She loves her freedom and if you can accept this, she will love you even more. Within her boundless limits, her love will also be limitless. Position and power matter to her more than money and bank balance. If you want her to fall in love with you, be true and honest, not only to others, but also to yourself. You don't need to follow her rules. You can form your own code of ethics, but be sure to live by them. 

Passion is not one of the personality traits of Aquarian girl. Rather, her love will be subtle and unassuming. She is intense, but may prefer to be platonic most of the time. Hosting as well as attending parties comes naturally to her and she will always be a social delight. She will trust you completely and will not be unduly suspicious of your activities. You will also not be bothered by too much jealousy or possessiveness on her part. Her trust arises from the fact that before committing, she had dissected your behavior under a microscope. 

Only after being convinced of your integrity did she take the next step. Still, if you become unfaithful to her, she will be extremely hurt and is likely to remember the wound for a long time. With an Aquarian female, out of sight means out of mind too. So, make sure to be around here always. She has a very strong will power. If she thinks the relationship is not working and has no chances of improving also, she will break it right away; though doing so may tear her heart into two pieces. Like every Aquarian, she will remember her first love throughout her life. 

It's no use getting upset, better be the first love in her life. She will never ever be dishonest in a relationship and even if she indulges in an extra-marital affair, it will end before it even started. She will always try to know your deepest thoughts and secrets, but her own dreams will be beyond your reach. Conversing with an Aquarian female is usually a delight because of her charming manners. Her mind is quite unpredictable and you will find it hard keeping track. She will live in the present, then suddenly be wistful about yesterday and then, become enthusiastic about tomorrow. 

She may talk about fairies one day and discard elves as humbug, the other. Never look down on her or she might never look upto you. She respects you and will expect the same in return. As mothers, Aquarian women tend to be very loving and caring. Though in the beginning, they may be a little nervous about the whole idea of motherhood. But once they become comfortable with it, it will come to them naturally. An Aquarius female may find it difficult to express her love in the form of hugs and kisses and you will have to teach her that. She will never overburden the kids with protection.

At the same time, she will always be a patient listener to their childhood and adolescent problems. Teaching them discipline will also be your responsibility. However, for all this to happen you will have to convince her to get married and this certainly isn't an easy job. You will also have to teach her romance, since expressing emotions does not come too easily to her. She will happily hold your hand and walk besides you, but don't expect her to gaze into your eyes for hours at a stretch. 

Don't smother your Aquarian girl with too much closeness, she needs her space and will give you, yours too. Things like suspicion, possessiveness, chauvinism and criticism turn her off. Just be nice to her odd bunch of friends and she will warmly welcome yours into the house. Make use of her intuition and insight, it may help you in solving a problem or two. It may seem like wishful thinking now, but then, remember she looks in the future. Hold her hand and she will let you see the future too, where both of you are cozily living together!


Credit: here

Selamat tinggal




*Aku curi gambar ko..hahaa~ utk sini je*

Sunday, November 13, 2011

Gold Digger

Mengikis, pisau cukur, attractive, beautiful...
Some points for gold digger. Jarang jumpa yang tak cantik..bertubuh langsing, menarik hati, da boom! But me?? Im not one of them..but i am chasing money...

Lelaki...
Jika kau sayangkan wanita itu, jangan kau taburkan wang/material kepadanya
Kerana kau sedang mengajarnya menjadi senang tanpa perlu susah
Kau menyelesakan keadaannya, memenuhi setiap kehendaknya dengan mudah
Sekali kau jatuh terduduk, belum tentu dia akan bersama-sama denganmu

Wanita...
Jangan cepat kau terleka dengan hasutan material dunia
Kerana ia hanya menggelapkan hati dan jiwamu dan seterusnya membinasakan dirimu
Setiap yang senang itu akan didatangkan dengan dugaan yang mencabar
Sekali kau terleka, mudahlah kau jatuh ke lembah yang hina


Sunday, September 18, 2011

Empty heart

Hati makin tak tenteram..berdegup-degup menghentak dinding hati
Aku pasti ada something yang masih belum tertunai
Aku semakin keliru dengan impianku sendiri..
Antara hati dan akal fikiran...yang mana perlu dipenuhi
Apa yang ditunggu belum kunjung tiba..penat terasa
Hampir saja mengalah..walaupun belum pun berjuang

Aku perlukan seseorang untuk menjadi guide aku
Hatiku rapuh..tak sekuat mana pun..mudah digoda
Bilakah penyelamatku akan muncul?
Aku semakin takut untuk meneruskan kesunyian ini
Takut dengan godaan nafsu yang semakin menghimpit ni

Pengisian yang diperlukan masih belum dicari
Penghayatan yang dicari semakin dilupakan
Please..guide me to the right path..im alone..


Wednesday, September 07, 2011

Tiada yang pasti

Tv terpasang tapi fikiran aku mengelamun ke luar tingkap
Memandang kosong dinding rumah sebelah yang mana catnya masih ok
Hanya satu tingkap dari sudut pandanganku yang terlihat
Silau memeningkan kepala lantas kualihkan pandangan
Kembali menonton tv dengan fikiran yang blurr

Banyaknya yang kumahu lakukan tapi tak kesampaian
Bila agaknya ia akan menjadi kenyataan
Saat deni saat berlalu dengan kekosongan
ahhhh...kepalaku berdenyut sakit
Rasa ingin kembali merebahkan diri ke tilam di bilikku


Thursday, August 25, 2011

Apa beza.....???


Apa beza cinta dan sayang?

Cinta
Hanya certain person yang layak.. Tapi sering kali terkecewa.. Hanya satu yang tidak mengecewakan. Tapi sering kali gagal untuk memenuhiNya. Alasan demi alasan dicipta.. Akhirnya kosong tidak berisi.

Sayang
Tidak terhad. Semua boleh. Benda bernyawa, yang tidak bernyawa..

Untuk mencari sayang tidak sukar tapi untuk mencari cinta, agak sukar bagi aku. Tambahan tidak semua mampu memberikan cinta yang kita impikan. Hanya SATU. Tapi kita pula yang sering melupakanNYA. Alpa sungguh aku!! Mungkin kerana itulah aku sering diuji bagi mengingatkan aku padaNYA. Mungkin aku tidak mendapat cinta dari insan yang bergelar lelaki, tetapi cintaNYA padaku sering kali bersamaku. Doakan aku berubah ke arah yang lebih baik...

Aku berserah kepadaMU

Keluarga impianku


Penantian suatu penyeksaan!!

Menanti itu menyakitkan.. Aku bukan seorang yang penyabar... So, agak sukar untuk aku menanti dengan sabar. Tiadakah jawapan bagi penantianku ini? At least aku tidak membuang masa dengan menanti.. Please gimme some hint!!

Wednesday, August 24, 2011

Malu tapi mahu


Aku macam tak percaya dengan apa yang aku wish.. I never wish something like that before. But this time i really want it become true. Really want it.. Please GOD, i wish u granted my wish this time. Please..!! Aku terlalu suka smpai aku ingin menjerit pada satu dunia. And my heart also say same thing. Hehee..teruknya aku!!


Monday, August 22, 2011

Di saat kau menghadirkan diri


Hatiku sekali lagi teruji
Sukarnye untuk memerangkap perasaan ini
Serik untuk aku mengecewakan diri sendiri
Memberi harapan palsu pada hati
Akhirnya padah memakan diri

Di kala ini, mata aku menjadi pedih
Mudah benar menjadi sebak
Bergetar tatkala terpandang
Cair ketika kuntum bibir memekar senyuman
Lupa di mana bumi berpijak

Kerapkali cuba menyedarkan diri
Tiada happy ending bila berkait dengan diriku
Seringkali memadamkan impian
Emosi datang bertalu-talu menyedarkan hati
Hati masih terasa dipukul bertalu-talu
Ya tuhan, aku benar-benar rasa terdera
Bantulah aku hadapinya


Tuesday, August 02, 2011

Happy ending love story

Apa yang kau mahukan?? Manusia takkan pernah berpuas hati. Ada saja yang tak kena. Tadi aku baca novel Hlovate. Penulisannya aku suka. Tapi cerita cintanya membuatkan aku sayu.. Kenapa aku sedih? Cerita lovey dovey ni sometimes make me feel lonely.. Sebab aku masih single..!! Tu la.. Tapi yang membuatkan aku lebih sedih bukan lah sebab aku single (betol la!!), tapi the ending yang menggembirakan. Kalau sesiapa yang selalu baca novel, korang mesti mahukan ending yang happy kan... Happily ever after.. Nonsense!!!

Setiap life kita ni takkan ada happily ever after.. Why?? Because, masa bercinta, semuanya indah. 7-8 tahun bercinta..then married. Haa~ malapetaka datang melanda.. Masa inilah tunggang langgang segala isi rumah. Suara tu usah nak cakaplah, macam nak bagi satu dunia dengar. Padahal jarak tu, berbisik pun boleh dengar. Yang paling tak boleh blah, semua perkara menyakitkan mata. Apa pun tak bleh! Tak macam sewaktu bercinta dulu.. Kini yang indah menjadi nightmaresssssss.. Hahhaaaa!!!!!!

Tu aku cakap manusia ni takkan pernah nak puas hati. Ada je yang tak kena. Dah dapat bini yang cun melecun, laki lain pandang pun meleleh air liur..tu pun boleh nak diceraikan. Yang pompuan pulak, dapat hasben yang macho giler!! Semua pompuan dok melopong tengok sebab tak dapat hasben macam tu.. Tu pun nk minta diceraikan. Bergegar tiang Arasy!!

Payah aku nak percayakan cinta. Sebab bagi aku, ianya susah nak dikekalkan. Cinta novel yang mana endingnya happy tu bagi aku mengarut. Bila dah kahwin, tamat.. Wekkk!! Cerita yang sebenar bermula bila lafaz "aku terima nikahnya". Itulah cerita sebenarnya. Berapa ramai yang boleh kekalkan cinta hingga akhir hayat? Berapa ramai yang mampu bertahan selepas 5 tahun hidup bersama? Keruntuhan akhlak remaja bermula dari rumah.. Cinta...??? heh!!!

Tuesday, July 26, 2011

Kahwin

Kahwin..apa yang korang tau pasal kahwin?? bagi aku, dengan berkahwinlah berkembangnya keluarga. Bila berkahwin, bukan saja dapat seorang isteri/suami, tapi juga extra emak/ayah dan siblings yang lain. Besar komitmennya sebuah perkahwinan!!

Kalau anda bersedia nak jadi suami/isteri, anda bersediakah nak menjadi anak dan siblings pada keluarga mertua?? Bagi aku, aku masih belom bersedia. Mungkin kerana sekarang aku masih single. Aku selesa dengan famili aku sendiri. Duduk rumah goyang bontot! Wahahahaa~ Selesa menjadi anak yang pemalas. Bila berkahwin, kita perlu berubah. Sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri.

Melihat pada sebuah perkahwinan, luarannya nampak macam easy. Isteri masak, kemas rumah, mengandung, jaga anak, and of course jaga suami. Si suami pula, pergi kerja, cari nafkah, balik rumah, bantu isteri mana yang patut and jaga isteri. Nampak macam mudah kan. Setiap perkahwinan dugaannya berlaianan. Ada yang tiada anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Ada yang berubah perangai kerana semakin lama bersama. Kegawatan ekonomi keluarga kerana bilangan ahli keluarga semakin bertambah. Itu belum dicampur dengan hubungan dengan mertua. Macam-macamlah!

Aku masih senang single begini dari tertekan dengan semua masalah itu semua. Siapa yang taknak kahwin kan. Ada anak sendiri. Tapi mungkin sedikit sebanyak faktor sekeliling membuatkan aku takut untuk membuat komitmen untuk jangka masa panjang. Plus, aku masih mencari si dia yang sudi menerima aku luar dan dalam. Seperti kata penulisan di Terfaktab. Siapa yang tak baca Terfaktab kan..*senyum*


Selepas kahwin adakah cinta akan berkekalan?


Atau akan rapuh?

Tuesday, July 19, 2011

Hatiku ketika hening pagi

Kesejukan pagi ni menusuk-nusuk ke kulitku
Terasa mataku pedih kerana terlalu memaksa
Padahal ia sudah penat untuk terus bekerja
Kenapalah aku kerap memaksa diri

Apa yang sedang berlaku kini?
Kerapkali terimbau kenangan yang ingin dibuang pergi
Keseorangan acapkali membuat kita berfikir
Kehidupan akan datang dan yang lepas
Menyesal perit mengharapkan tidak pernah berlaku
Mengharap terpadam seperti pasir disirami air

Hati yang sunyi ingin mencari penawar rasa
Mengapa ditangguh jika pengubat berada di depan mata
Merobek sang hati terasa oleh badan

Sunday, July 10, 2011

Gadis pemalu

Di mana si gadis yang dulu
Pabila ditegur, tersipu-sipu malu
Menundukkan wajah
Ingin menyembunyikan rupa

Di mana si gadis yang dulu
Pabila dikerumuni rakan-rakan lelaki
Diam tidak berbunyi
Hanya tersenyum diusik

Kini yang tinggal hanya si gedik
Yang sentiasa membuat onar
Mencari mangsa dengan kenyitan dan senyuman goda
Cukup cantikkah kau?

*Si pemalu bertukar menjadi si gedik*

*Aku merindui si gadis pemalu*



Friday, July 08, 2011

Wanita, Perempuan

Pemikiran kaum wanita ni kompleks sebenarnya.. Mereka akan berkata apa lain dengan apa yang ada di fikirannya. Kenapa ye? Aku masih memikirkannya.. Susah sangat ke nak kata direct? Kalau suka, kata suka.. Kalau rindu, kata rindu.. Ini tak, mesti ada alasan lain bagi menutup apa yang dia rasa...


Aku wanita..yang masih mencari erti kehidupan..
Apa tujuan hidup ini.. ianya dugaan semata
Penuh dengan ranjau
Hidup dengan hanya membuat dosa

Mudah sebenarnya membuat kebaikan
Tapi seringkali menutup mata
Memekakkan telinga

Kaum yang mudah menjadi penghuni syurga
Juga kaum yang senang memjadi bara di neraka

sumber: sini

Tuesday, July 05, 2011

Boyfriend

Apa makna teman lelaki?? Adakah calon suami? Atau sekadar teman?
Just now, im watching baby face beauty .. Cinta tak mengenal usia. BF is younger than GF.. So, im wondering, if i get BF who is younger than me..how its look like?? Hahaa~ Im not look so old rite?? Baby face orang kata.. =p

Baby-faced Beauty
*smile* Aku pun sometimes perangai macam budak-budak. So, aku nak kan lelaki yang look matured, who is can guide me..im careless, naive *urgh!*, moody.. But that me!! Lelaki yang boleh handle aku, yang memahami aku, yang tahan dengan karenah aku..*smile again* But its difficult to find man like that.. So, im wondering, where my future husband rite now... Darling! *panggil dengan penuh lemah lembut* Ayang tunggu darling ni...hohohoooo~

Opppsss!! 
Nak sambung tengok sampai habis...lalalalaa~

Monday, July 04, 2011

Dugaan aku


Kenapa aku jadi begini??
Kenapa aku melawan fitrah alam dan hukum??
Apakah aku yang diminta dijadikan begini??

Sukar untuk aku menangkis perasaan
Ianya hadir di kala aku tidak memerlukannya
Mujur tiada yang sudi menghulurkan salam perkenalan
Namun ia tetap menakutkan aku

Takut akan hukum karma
Takut pada hari pembalasan kelak

Ianya dugaan buatku
Menyukai kaum sejenis
Dikeji di dunia, dan dilaknat di akhirat
Aku tidak sanggup menempuhinya

Aku bersabar menunggu kedatangan putera idamanku
Bagi menghapuskan perasaan yang tidak patut hadir ini
Namun hingga kini belum ada petanda 

Apakah aku dapat mengharungi seorang diri?
Aku takut..
Sesungguhnya aku benar-benar takut..

Sudah jauh aku menyimpang dari landasan
Kau bantulah aku dengan mengurniakan hidayah
Atau hapuskan saja perasaan yang masih utuh dalam diriku ini
Aku tidak berdaya melawan seorang diri
Aku rapuh..


Sunday, July 03, 2011

Tears


I dont know why..tonite i just want to cry..cry like no tomorrow for me..cry for everything that happen.. Why im still single..why im so stupid.. why nobody care for me..hahaa~ all small matters.. All i want rite now, somebody beside me.. i miss u..

Tuesday, June 28, 2011

Pemimpin?

Hai and hoi...

Aku tak faham dengan certain people ni.. Apa yang dia hendak sebenarnya? Mau semua orang follow cakap dia ke? Perintah dia? Aku tak faham dengan kau sebenarnya. Semua yang orang buat salah and kau je yang betol. So, correct us if we do the mistake. Bukan caci maki kami.. Adoila.. Benda ni dah lama dah terpendam. Baru kini terluah. Sakit perit hanya mereka yang merasa saja tahu..

Tu ja aku nak tulih..sekadar luahan hatiku..peace yo!

Saturday, June 11, 2011

Dada kecil..ada masalah ke?

Salah ke kalau gurl tu mempunyai dada kecil? Perlu ke nak perlekehkan dia? Aku tak paham la..ingat senang ke dada besar? susah nak cari saiz bra tau tak.. kalau dada kecil senang. tak payah nak pakai bra kan..err.. Laki memang la suka dada besar.pejal..pantap mantap..tapi kalau dah dijadikan kecik, terima jela kan. Sian gurl yang kena perli sebab dada kecik. Macam tu menjadi kesalahan pulak. Pas dia kawen nanti, tengoklah besar mana benda tu membesar. haa~ jangan terkejut..!

Kesian tau..kurang keyakinan si gurl ni..kalau dah semua orang fokus kat dada dia and wondering dia ni guy ke gurl..padahal memang gurl tulen..tersentap mak nok! Semua laki suka dada yang WOW! MANTAP! tapi kalau disajikan dengan dada kecik pun masih tak menolak kan..hahaaa~ mempunyai dada yang cantik dan menarik memang menjadi idaman setiap wanita namun kesihatan buah tu dan badan yang penting..kalau kecil akan membuatkan rasa rendah diri tapi bila terlebih besar akan menyakitkan tulang belakang..ingat senang ke nak bawa yang besar??!

Lu pikir la sendiri!!

Friday, June 10, 2011

errr...ape ni??

Sunyi..apa yang dimaksudkan dengan sunyi.. adakah ianya seperti padang pasar yang hanya ada pasir?? aku pun tak dapat nak tafsirkan maknanya yang sebenar. tapi aku sedang melaluinya..aku pasti! aku tipu jika aku kata aku tak mahukan hidup seperti kawan-kawanku yang acapkali bercerita pasal pasangan masing-masing. Malah sudah banyak undangan perkahwinan yang aku terima. heh! Ada yang kata jadi diri sebenar.. bagaimana jika dengan menjadi diri aku yang sebenarnyalah menjadi punca mengapa aku masih bersendirian.? nampak sangat orang sekarang lebih memandang rupa.. aku tak terkecuali.

Aku cuba untuk menepis rasa sunyi aku ini..bergelak ketawa dengan rakan-rakan, sibukkan diri dengan keje..online sepanjang masa..hahaa~ tapi bila aku sendirian, aku tak dapat nak menghalang fikiran aku dari memikirkannya. Apa silap aku? Apa yang orang cari sebenarnya? Di saat aku berjumpa dengan orang yang aku rasa masuk kepala, dia makin menjauhkan diri..ok, aku bukan seorang yang baik..memang harus dijauhkan.. tapi itulah, bila aku keseorangan, fikiran aku menerawang ke alam fantasi..aku aku pasti takkan berlaku..semuanya hanya di dalam mimpi.. mempunyai keluarga, anak, teman sehidup..heh! hanya angan-angan kosong..


My bestfriend said, aku masih muda..banyak lagi masa..macam mana kalau ditakdirkan aku memang takkan merasainya?? tiada jawapan untuk itu..jika aku masuk syurga, ya, aku akan ditemani..jika neraka? *errrr........*

Aku dah bosan dengan cerita pasal bf/gf ni.. kenapalah korang selalu ceritakan semua tu pada aku?? Aku taknak dengar lah! bosan tau x..aku tau korang nak share happiness korang tu dengan satu dunia..tapi aku dont care! Bukan aku leh bahagia dengan dgr cerita korang tu..muak lagi adalah..then, cerita yang dia ada orang lain la, xpun nak memarah aku tak pasal-pasal..padahal dia yang buat hal dengan ko..fed up! memang aku tumpang happy bila ko dah jumpa si dia..but dont tell me everything! ko gaduh, nak jumpa, dia bagi hadiah..semua tu aku taknak tau..sebab aku jeles! puas hati??? GRRRRR......

Thursday, June 02, 2011

Love is painful


Okey..
I never felt the true love from a guy..they only wanna have sex with you..so, u have to beware! off of it..

I just dont know how to begin..or maybe u are not for me actually. I admit i think of u many times. But thats not the thing that i wanna it. We are same people..u and me..but living in different background. Sometimes i dunno u..what u are thinking..and what u want actually?? I just dont have any idea what u really want.  For me, i want more than u cant give to me..im expecting too much! I dont know how to express my feeling.

Boys, before this i too scare of them..until now. I have set my mind that this kind/creatures are cant be trusted! hihiii~ So, what can i do..? I dont have any idea what they really are..what they want..but that i pretty sure is sex! When they desperate sangap, they will find u..until now i cant forget my 1st bf.. He tought me many things that i really dont wanna know..heh! And now, also i made same mistake. Maybe, there no man will come in my life..im not for them..not good enough. 

And u..i give up! Maybe im not good enough for u. I try to be good but still not good. We just good to be friend. I love u very much as friend. I dont think that we can be couple..i think is like not suitable for us. Im looking a guy who is can guide me, caring bout me, love me, and and can accept me who i am..my acting, my appearence and all weakness that i have. That is im looking for it. And i dunno when he will come..and maybe there is no one for me..heh! (i repeat it again huh!) 



Nothing more to say..

Tuesday, May 31, 2011

Matang

Salam..

Matang or mature, pada pendapat aku, bukan hanya ada pada golongan yang berumur. Ada yang matang awal walaupun muda lagi. Orang yang dah tua tak semestinya matang. Ini aku dapat lihat di persekitaran aku. Masa aku kerja, belajar and orang-orang sekeliling. Some of them acting really annoying walaupun sudah tua. Macam tak sedar diri..! Eeeuuwww! Menci benci aku!
Aku muda lagi..aku tau tu..
Yang perempuan tak habis-habis nak sorok umur. Takut sangat orang tahu yang kau tu dah tua. Padahal, tengok kedut pun dah tau yang kau tu memang dah tua. Lainla aku yang sememangnya sentiasa muda remaja ni..hohohooo~ (erk!) Apa ada pada umur?? Hanya angka je kan..Aku pun tak paham ekceli..nak sangat sorok umur tu..suh bagi no IC pun payah..sebab ada tahun lahir kat no IC tu..macamlah orang nak sangat kira berapa umur kau..makin kau berahsia, makin orang nak tau! Lagi satu, kalau ada orang panggil dia akak, marah..apa pasal nak marah? Takkan nak panggil hoi pulak kan..better la panggil akak dari dia panggil kau hoi je..ish..ish...ish...(geleng-geleng kepala)
Orang panggil aku adik, relax je..hahaa~
Back to the topic..but thats part of mature kan.. Bagi aku, matang tak diukur pada berapa banyak angka kat umur kau..ianya hasil daripada pengalaman kau sepanjang kau hidup. Aku, takda la matang sangat..walaupun aku dah tua..ye..aku sedar diri ok aku dah tua..entah bila je ajal akan menjemput..uhuk..uhuk~ .. (tadi cakap muda, ni cakap tua pulak..nyanyuk pe???)
Tua tak semestinya matang..ade je yang tak matang..
Aku tak suka orang cakap aku dah banyak pengalaman daripada kau..(walaupun kau memang tua dari aku..)! Sebab..selama mana kau hidup tak semestinya kau lebih banyak pengalaman dari aku.. Mungkin pengalaman kau just fokus on sumthing je..tak overall..melainkan kau tu betol2 dah tua..yang mana pengalaman kau sememangnya lagi banyak dari aku..yang tu aku surrender. Aku suka pada orang yang humble..dia banyak pengalaman tapi takdela sampai nak heboh satu dunia cerita pengalaman dia. Hurmm~
Heboh sana sini..
Benda ni aku dah rasa, sebab tu aku cakap matang tak terletak pada umur.. Some of kenalan aku yang kata dia dah matang but act macam budak kecik..hentak-hentak kaki bagai.. Ei..eiii...! Matangnya! Bagi aku, orang yang matang ni dia tahu macam mana nak handle masalah dia.. Jika ada dugaan yang datang, dia tahu apa yang perlu dilakukan. Aku ada kawan yang matang walaupun dia muda lagi..and aku seronok berkawan dengan dia.. Matang bukanlah bererti kau tidak berperangai macam budak-budak, gila-gila..tapi kau tahu bila kau patut gila-gila, bila kau patut serious. Tidak selalu menyalahkan takdir or somebody bila something happen. Kaji, apa yang menyebabkan perkara tu terjadi. And betol ke tu salah kita, or else. Kalau salah kita, jadikan tu pengajaran..dont make same mistake. If bukan salah kita, anggap jela tu dugaan untuk kita. Tanpa dugaan bukanlah manusia kan..kan manusia dikurniakan akal..gunakan akal itu untuk berfikir, yang mana baik yang mana buruk..think! Jangan malas untuk berfikir..

Sunday, May 29, 2011

Give up..

Hatiku hiba setiap kali tgk orang berdua..
Ramai yang bertanya kenapa masih solo..so ape yang patut aku jawab sebenarnya?? Aku ni bukan straight? Aku ni memilih sangat?? Atau aku suka bersendirian?? Betapa mereka tak faham apa yang terkandung dalam hatiku..betapa aku ingin dimiliki..ingin memiliki..tapi sukar untuk aku mencari pasangan yang benar-benar boleh menerima aku luar dan dalam..aku bukan seorang yang sempurna..banyak kelemahan aku..mampu ke dia menerima aku seadanya??


Betapa aku rasa sepi..kalaulah korang boleh baca hatiku..

Aku boleh berubah..tapi sanggup ke dia tunggu aku berubah? Ambil masa untuk berubah dowh! Bukan pejam celik je aku terus berubah..belajar memasak tu bukan dalam sehari dua.. Belajar untuk jadi perempuan melayu terakhir tu bukan ambil masa sejam.. Untuk bersedia jadi isteri, menantu dan mungkin ibu tu bukan ambil masa seminit.. Semuanya memerlukan masa untuk belajar.. Ada ke lelaki yang sanggup tunggu aku belajar semua tu?? Tu belum lagi perkara lain.. Benda ni membuatkan aku berfikir panjang..bukan aku taknak hidup berdua..sangat la hendak..! lebih hendak dari apa yang kamu tahu.. Tapi sukar untuk aku mencari lelaki yang benar-benar sayangkan aku..terima baik buruk aku.. Entahlah..aku tak pasti wujud ke tak lelaki macam tu untuk aku..
Aku rasa nak menangis je tgk korang bahagia..
n aku tumpang bahagia
Kawan aku cakap, mulakan langkah..usaha..untuk mendapatkan apa yang kita hendak..tapi yang aku pasti...tiada lelaki yang mahukan aku..yang tu aku pasti.. dengan rendah dirinya aku mengaku..aku tak macam korang..hot..confident..mudah menarik perhatian lelaki..heh! aku bukan macam korang.. Inilah diri aku..kalau tiada lelaki yang suka..aku pasrah! Aku memang tidak menarik..so, abaikan..n jangan tanya aku bila aku nak hidup berdua..aku dah bosan! Jangan ditambah rasa sayu dihatiku..

Aku dah boleh terima kenyataan walupun agak pahit..