Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Curang

Tengah melayan Charmed, telefonku berbunyi...Whatsapp masuk...dari rakanku di Kajang...

F: awk btunang thun lepas kan?
A: eh..tahun ni la
F: owh..plan kendurinya pulak bila?
A: tu kena tanya H huhu
     sy pun tau bila lg
F: la..mcam tu plk..hehe..
     nnt nk dtg kjg bgtaw la awal2
    kita wat surprise kat H
    hehe

Starting tu, hati aku berdebar-debar...tak tenang...
Apa yang kau dah buat wahai En sotongku...


Wow!! Gelap terasa pandangan.. Aku terpana.. Gila!!!
Kenapa..kenapa...kenapa... Itu je soalan yang terjah dalam kepala aku

Aku tak cukup sempurna ke bagi kau? - Mana ada manusia yang sempurna-
Aku tidak layak ke untuk kau? - Kau pun belum tentu layak untuk aku-
Perangai aku ke? Sifat aku ke? Bau aku ke????
Bertubi-tubi soalan mengasak aku...

Kenapa aku yang kau mainkan?
Kenapa kau bertunang denganku jika aku ingin kau sakiti?

Kau yang datang kepadaku.. Kau yang menghulurkan tangan kepadaku..
Kini, semuanya aku telah serahkan kepada kau.. Jiwa dan ragaku..
Aku menangis macam orang gila.. Aku hilang waras seketika..

Aku hanya menunggu ungkapan dari kau...
Jika kau ingin tamatkan semuanya.. aku terima..
Kini, aku pasrah..

Saturday, December 27, 2014

Kau Kucinta..Kau Kusayang

setelah harapan diberi

ke ranjang ku bersua
tergoda dengan dunia
kini kau inginkan ruang?

sesak nafas?
mungkin aku harus pasrah
dari awal telah kujangka
hati masih degil

mungkin ini bukan takdir kita
berkenalan hanya seketika
merasai apa itu cinta dan sayang
antara dua hati, antara dua jantina

belajar untuk menerima itu susah
walaupun sudah banyak terkena
aku masih tidak serik.. sering mengulanginya

bukan salah kau



Thursday, February 02, 2012

ular oh ular

environment tempat keje but sedikit bersepah dengan barang-barang kereta. Then my manager came from down..dunno why he is down there., i asking for my salary..tetiba ada customer ni sapu workshop tu, i said, dont.. pastu riuh, sume cakap ada binatang tu..aku nampak dia meluru ke arah aku, and then, aku kena patuk. but i dont feel anything..the snake was black like belut..so i dont know either it belut nor snake. (hopefully belut)
this is cute..but the real is...gosh!!
dont like it..even the picture or image..
now little bit confuse..some people say it maybe jodoh..but some people say it maybe curse. i dunno if anyone dont like me (errr...maybe have some..) so, they sent something like that to me.. but i dont think its cuurse.. maybe it just a dream.. it is not like i slept at night..i just a nap.. so, i dont think anything will happen but i have some little worry..huhuu...

*still dont like its picture or image...whoaaa so scary..huhuuuu~ wanna cry...hell ya!

Wednesday, February 01, 2012

im looking..im still looking

im still looking for him, HIM..
waiting and waiting.. 


Monday, January 30, 2012

kenapakah..apakah..di manakah...

kenapa cepat benar hati ini tersentuh bila melihat kawan-kawan semuanya berteman?
kenapa mudah benar terguris bila mana melihat kebahagiaan orang lain?
sesungguhnya aku jeles!

jeles melihat kemesraan yang dipamerkan
rindu akan kenikmatan yang pernah dikecapi
inginkan hubungan yang direstui agama

saat yang dinanti-nanti masih belum muncul
apakah ada saat itu untukku?
hati terguris perlahan melihat senyuman rakan-rakan
sepertinya aku juga ingin merasakannya
tetapi aku hanya mampu memandang kesayuan di dasar hati
tenggelam bersama-sama angan dan impian yang bergelora

Monday, January 02, 2012

Kurang hajar?

tak semesti yang lebih makan garam itu betol
tak semestinya yang baru bertatih itu salah

semuanya berdasarkan fakta
apa lagi yang kau pertikaikan?
buktinya semua ada di depan mata
sepanjang tahun, setiap detik
semuanya kau ungkit untuk apa?
hanya kerana aku mempertahankan apa yang benar?
kau buang aku seperti buang debu
tiup begitu sahaja...

Derita yang ciptakan, pernah tak kau ungkit?
Air mata yang kau tumpahkan, pernah kau kisah?
Kesakitan hati yang kau torehkan, pernah kau peduli?


Kenapa kini baru kau terasa?
Mengatakan bahawa aku kurang didikan..
Menjadi kurang ajar dimatamu..
Hanya dimatamu....

Kau yang kutunggu..
Bila kau akan muncul dalam hidupku?
Bawalah aku dari sini
Jauh dari kesakitan ini...
Aku menunggumu...

Sunday, November 13, 2011

Gold Digger

Mengikis, pisau cukur, attractive, beautiful...
Some points for gold digger. Jarang jumpa yang tak cantik..bertubuh langsing, menarik hati, da boom! But me?? Im not one of them..but i am chasing money...

Lelaki...
Jika kau sayangkan wanita itu, jangan kau taburkan wang/material kepadanya
Kerana kau sedang mengajarnya menjadi senang tanpa perlu susah
Kau menyelesakan keadaannya, memenuhi setiap kehendaknya dengan mudah
Sekali kau jatuh terduduk, belum tentu dia akan bersama-sama denganmu

Wanita...
Jangan cepat kau terleka dengan hasutan material dunia
Kerana ia hanya menggelapkan hati dan jiwamu dan seterusnya membinasakan dirimu
Setiap yang senang itu akan didatangkan dengan dugaan yang mencabar
Sekali kau terleka, mudahlah kau jatuh ke lembah yang hina


Monday, August 22, 2011

Di saat kau menghadirkan diri


Hatiku sekali lagi teruji
Sukarnye untuk memerangkap perasaan ini
Serik untuk aku mengecewakan diri sendiri
Memberi harapan palsu pada hati
Akhirnya padah memakan diri

Di kala ini, mata aku menjadi pedih
Mudah benar menjadi sebak
Bergetar tatkala terpandang
Cair ketika kuntum bibir memekar senyuman
Lupa di mana bumi berpijak

Kerapkali cuba menyedarkan diri
Tiada happy ending bila berkait dengan diriku
Seringkali memadamkan impian
Emosi datang bertalu-talu menyedarkan hati
Hati masih terasa dipukul bertalu-talu
Ya tuhan, aku benar-benar rasa terdera
Bantulah aku hadapinya


Tuesday, May 03, 2011

Dulu dan sekarang =(

Teringat...(flash back)

Pertemuan kali pertama kali kita dalam keadaan yang memalukan..hehee~ waktu itu aku yang cuba menggoda kau tapi ternyata aku tak pandai..kau memandangku dengan pandangan yang pelik lalu kau gelak dengan bersungguh2..hahaa~ caraku yang mcam badut atau kau yang tak pandai menghayati godaanku?? =p


Selalu kita bertegur sapa di alam maya..sehinggalah aku bagi number aku kan...Then kau pun start call aku..but that time tak selalu sangat..bila kau gila je kau cari aku kan..I dont mind..Disebabkan kau selalu sangat call aku tu yang membuatkan aku mula sukakan kau..aku pun x sedar bila perasaan itu muncul.. Then kita selalu video call, call biasa..cuma mesej jela jarang sebab kau tak suka sangat..hikhikkk~ Lama-kelamaan aku menjadi biasa. Sehari kau tak call or mesej, aku resah. hidupku bosan. Then aku pun call kau. Kalau dulu kedit aku tahan lama, sekarang dah topap pun macam tak cukup..kau tau tak ianya memenatkan aku..menyeksa aku?? Selain kau, aku tak tau nak kacau siapa. Aku tak tau nak mesej or call siapa..sebab tu dlu kedit aku tahan lama.

Sekarang, aku rasa kau cuba mengelak dari aku..dan aku paham sebenarnya. But part of me, taknak paham. Aku terasa. Kecewa. Sedih. Aku akan kesunyian lagi. Dengan kau aku tak perlu berpura2, kerana kau tahu diriku yang sebenar. Dan kau boleh terima diri aku yang sebenar..rakanku yang lain masih belom kenal siapa aku. Aku kenal mereka, dan aku pasti mereka tak boleh terima aku yang sebenar. Aku paling takut kehilangan kawan..apatah lagi kawan yang aku banyak menceritakan serba-serbi.. Selepas ini andai kata tiada jodoh kita berkawan, aku reda..Aku akan ubati hatiku walaupun sukar. I love U..it really mean to me.. Yes perkataan ini sangat kejam buatku!

Thursday, March 17, 2011

Crazy

Aku dah macam orang gila kat sini..life's student tak seindah yang dibayangkan..siapa bayangkan life's student a jumpa chinta hati?? Siapa bayangkan life's student adalah rentak yang kita lagukan?? Huh! Semuanya hanya igauan..

STRESS!! Aku tak tahan..anyone can hold me..?? I really want support rite now..My mental really tired rite now..tomorrow i have test..but i cant understand anything..isk..isk..

Looking at my friends struggling to understand the chapter, i just sitting in front of my desk..my lappy..doing nothing! Maybe they stress to see my like this..but im more stress looking at them try to memorize the chapters.. Arghhh!!!

Wednesday, February 02, 2011

Kecelaruan

Good evening to all,

Dilema yang aku hadapi ni da lama..since zaman sekolah lagi.. Confius..tertekan..!! Since sekolah rendah sampai la aku sekolah menengah (and until now), aku memang jarang sangat-sangat cakap ngn kaum lelaki..aku cakap ngn dorang pun bila ada benda penting macam tiru keja rumah ke..tanya soalan ke..more than that memang aku tak tegur la..better slept when no teacher in class..nak-nak kelas aku special sebab ada air-cond..!! Heaven!! Kroh..kroo0h..~~

Apa dilema yang aku hadapi?? Adakah aku BISEKSUAL??? Yang ni slalu aku pikir since aku skolah...aku lebih tertarik pada kaum sejenis.. Aku pernah berkapel..n of course la dengan kaum adam.. Imagine aku still wild..with kaum sejenis.. Aduii la.. Aku risau ni sebenarnyer.. Macam mana kalau aku ni memang meminati kaum sejenis??? HELL  la jawapannya nanti..!! Gila ah!! Takut dowh!! Aku tak nak mati penuh dosa.. Aku masih ingat hukum halal haram okeis!!

*aku taknak jadi bahan bakar*

Tapi tu la nafsu aku more towards to kaum hawa..What should i do?? Ok..aku pernah berkapel dengan kaum jantan ni..aku ingat bila aku kapel dengan dia ni, minat aku tu akan berkurang la..or hilang terus..but still ada.. Then, we broke up.. Just because he said that we dont have chemistry.. Hell you!! Makin aku tak percayakan kaum yang satu ni.. Salah aku ke dalam bab ni?? Ke salah parent aku dalam mendidik anak dorang yang sorang ni?? But then, why my sis normal je??

Now, aku ada niat nak kawen..ada anak.. Yang ni normal kan?? Cuma bab seks tu je yang tak normal.. Aku pening..risau..takut.. Camne kalau aku memang betol bisek? Dua-dua boleh layan?? Untung la suami aku nanti kan.. Otak aku da jem..penat.. No more think bout this..


cute_girly_avatars_90.gif
*someone help me*