Monday, January 02, 2012

Kurang hajar?

tak semesti yang lebih makan garam itu betol
tak semestinya yang baru bertatih itu salah

semuanya berdasarkan fakta
apa lagi yang kau pertikaikan?
buktinya semua ada di depan mata
sepanjang tahun, setiap detik
semuanya kau ungkit untuk apa?
hanya kerana aku mempertahankan apa yang benar?
kau buang aku seperti buang debu
tiup begitu sahaja...

Derita yang ciptakan, pernah tak kau ungkit?
Air mata yang kau tumpahkan, pernah kau kisah?
Kesakitan hati yang kau torehkan, pernah kau peduli?


Kenapa kini baru kau terasa?
Mengatakan bahawa aku kurang didikan..
Menjadi kurang ajar dimatamu..
Hanya dimatamu....

Kau yang kutunggu..
Bila kau akan muncul dalam hidupku?
Bawalah aku dari sini
Jauh dari kesakitan ini...
Aku menunggumu...

No comments: