Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Sunday, May 01, 2016

Hati VS Akal

Hati  : Dia rindu aku tak?

Akal : Mestilah tak..Kalau dia rindu, dah lama dia cari kau..

Hati  : Dia ingat aku tak?

Akal : Dari dia ingat kau, mesti dia lagi ingat EX dia..sebab dia lagi banyak kenangan dengan EX dia dari dengan kau... Dengan kau baru setahu, dengan ex dia tu dah tujuh tahun tau tak...

Hati  : Aku rindu dia...

Akal : Tak guna.. kau sendiri menyakiti diri kau..ingat ke dia..dia tak ingat kau sikit pun..


Sunday, January 24, 2016

Benci Kerana Sayang

Kadang aku benci diriku sebab sayangkan kau
Aku cuba untuk tinggalkan kau
Aku makin terluka dengan perbuatanku
Tak boleh ke kau jadi apa yang aku inginkan?

Apa je yang kau ada?
Tiada...
Tapi aku masih menanti

Aku nak lupakan kau
Lupakan perasaan ni
Hilangkan kesakitan ni
Mulakan hidup tanpamu

Thursday, December 31, 2015

Kau.. Aku... Bukan Milik Kita

Di kala aku keseorangan, kau datang
Menagih sayangku, menagih cintaku
Kesunyian membuatmu datang kepadaku
Semakin rapat, mengisi ruang hatiku

Berkali aku menolakmu dengan lembut
Menjarakkan diri dari menghampiri mu
Tapi kau datang tanpa kenal jemu
Mengikutku kemana ku pergi, kaki melangkah

Di Semenanjung,
Kau sanggup redah hujan menunggang motor
Hanya untuk bertemu denganku
Melepaskan rindu, dengan hanya memandang wajahku

Selepas bertukar status hubungan
Kurasa hubungan semakin jauh, sejauh jarak kedudukan kita
Segala kenangan manis, perlahan-lahan bertukar
Menjadi kepedihan yang mecucuk setiap masa

Aku tidak tahu di mana silapku
Perlahan-lahan kau berubah hati

Jika salahku hanya kerana hubungan jarak jauh
Sepatutnya dari mula lagi kau tidak mendekatiku

Aku tidak lagi kenal dirimu
Tiada lagi sms, whatsapp ucapan rindu sayang darimu
Tiada lagi panggilan telefon melepaskan rindu
Malah, bau badanku juga sudah kau jelek

Bila kali terakhir kita benar-benar bersama?
Hanya kau dan aku...
Aku hanya nampak masalah, tak mungkin kita akan bersama
Pembinaan masjid antara kau dan aku, hanya tinggal mimpi
Kau bukan untukku, dan aku bukan untukmu

Aku telah lama kehilangan rasa cinta kau untukku
Aku hanya berpaut pada mimpi anganku
Kau,. sebenarnya telah lama kembalikan hatiku
Aku.. yang tidak mahu tersedar dari fantasi

Monday, November 30, 2015

Aku Pengemis Cinta

Pedih bila setiap kali kita bergaduh, akhirnya aku yang mengalah
Aku kalah dengan perasaanku sendiri

Aku tau kau dah tidak seperti dulu, mencintaiku sepenuhnya
Kini, kau dengan dunia kau.. sahabat dan kerja...
Aku diketepikan dulu.. tidak begitu penting..

Seringkali aku tertanya sendiri, tanpa jawapan...
Siapakah aku dimatamu, dihatimu?
Apakah aku memberi impak pada dirimu?

Aku hanya aku...
Kau hanya kau...
Kau dan aku sudah berbeza jalanan...
Kau ke kiri, aku ke kanan...

Perkhabaran yang ku dengar seringkali ini, benar-benar membuatku berfikir...
Mengikut akalku, tinggalkan saja kau..
Kau tidak pernah fikirkan aku, tidak pernah bertanya khabarku...
Mungkin aku akan ditingggalkan....
Tapi hati lebih menguasai...
Apa yang harus kulakukan?

Sunday, July 05, 2015

Penat Memikirkanmu

aku penat dalam menjaga hubungan ini
sedangkan kau sibuk dengan rakan2mu
aku penat menjaga hatimu
sedangkan hatiku sendiri sering terguris

silap salahku sering nampak dimatamu
silap salahmu, aku pejamkan saja

silapku kerana menggilaimu
sedangkan kau hanya menikmati
salahku kerana mudah memaafkanmu
sedangkan kau sering mengulanginya

aku sering dipulaukan orang sekeliling
tidak mengapa, aku masih dapat bertahan
tetapi bila dengan orang yang aku sayang
aku kalah serta merta.. hatiku rapuh

kau hiduplah dengan caramu
aku tidak ingin campur tangan
tapi jika kau memerlukan aku
aku akan sentiasa berada disisimu
kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku

Thursday, May 28, 2015

Lelakiku Encik Sotong

Susahnyalah nak jaga hati seorang makhluk ni
Rajuknya mengalahkan pompuan!!

Kenapalah yang dilarang tu la nak jugak
Kita je nak kena jaga hati dia huuhuhu
Sakit!!

Bila jauh rasa rindu
Bila depan mata, rasa geram pulak


Tuesday, August 05, 2014

Once Upon a Time

The 1st moment i saw u, was in the dark
On her birthday.. 2013

At hospital, i was waiting for u
Dont even know its u
U brought bun and mineral water.. for me
I clearly saw u.. ur scar, giant body
Look like samseng to me.. ;p
But.. u was so friendly, my nervous faded away

Ur voice, huge arm, face, lips...
How i can forget
I cannot erase it
Once it inside me, i forgot everything
I dont know what happen
Time move so fast
I lost, uncousiously


Saturday, July 05, 2014

Hanya Cebisan Memori

tak pernah bersua muka...tp aku sudah sukakanmu
sentiasa menyampuk komen-komen

kali pertama bersua muka...aku segan diusik
hanya diam membisu
sekali sekala ketawa diam diam

malam tu malam yang tragis
orang yang aku sayang tumbang
mujur tiada yang teruk

saya..awk...itu ganti diri yang digunakan
ganas..menakutkan..skema je kan...




Thursday, June 05, 2014

Aku Masih Teringat

aku tak dapat membencimu
aku tak dapat melupakanmu
aku benci!!

kini kau dah buang aku
blok aku dari hidupmu
apa salahku? apa silapku?
hanya kerana menyukaimu

apa yang kau buat..perit..
aku kehilangan sahabat
satu-satunya sahabat yang aku sayangi

tapi itupun aku masih teringatkanmu
aku benci!!
sesungguhnya aku benci..
benci kerana tak dapat membencimu
tak dapat menyalahkanmu

kini aku keseorangan
mengenang dosa dan kenangan pahit manis
antara kau, aku dan dia
kini tiada lagi..bersama....

Friday, May 30, 2014

Hilangnya sebahagian Diriku

pedih..kesal..
kehilangan..
kerana kesilapan yang telah kulakukan
aku dibuang dari hidupmu

pedih terasa kerana aku mengakui silapku
kesal kerana aku melakukan dosa tersebut
kini aku kehilanganmu sebagai seorang sahabat
aku menyesal

lumpuh kurasa
gelap kurasa pandangan
lemah setiap tubuh badanku
aku benar-benar terpana tanpa kau

SAHABAT
kembalilah kepadaku
aku benar-benar rindu padamu
duniaku tak lengkap tanpa kau
kerana hanya kau penyeriku


Friday, January 17, 2014

Memendam Rindu

Saya doakan abang bahagia dengan akak.. walaupun saya menyimpan hati dekat abang, saya masih mendoakan abang sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta.

Jika abang teringat ke saya pun, saya dah gembira. Apakah ini?? huhuhu

Di Bayang Awan

Aku rela diri dibasahi
Andainya warnamu suci
Aku gentar diri disumpahi
Dari bebanan kesilapan ku

Aku rela diri dibasahi
Andainya warnamu suci
Aku gentar diri disumpahi
Dari bebanan kesilapan ku


*setiap kali dengar lagu ni, saya akan tersenyum teringatkan abang. Nak2 masa abang nyanyi..hehe 
* Miss u