Showing posts with label nak muntah. Show all posts
Showing posts with label nak muntah. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Curang

Tengah melayan Charmed, telefonku berbunyi...Whatsapp masuk...dari rakanku di Kajang...

F: awk btunang thun lepas kan?
A: eh..tahun ni la
F: owh..plan kendurinya pulak bila?
A: tu kena tanya H huhu
     sy pun tau bila lg
F: la..mcam tu plk..hehe..
     nnt nk dtg kjg bgtaw la awal2
    kita wat surprise kat H
    hehe

Starting tu, hati aku berdebar-debar...tak tenang...
Apa yang kau dah buat wahai En sotongku...


Wow!! Gelap terasa pandangan.. Aku terpana.. Gila!!!
Kenapa..kenapa...kenapa... Itu je soalan yang terjah dalam kepala aku

Aku tak cukup sempurna ke bagi kau? - Mana ada manusia yang sempurna-
Aku tidak layak ke untuk kau? - Kau pun belum tentu layak untuk aku-
Perangai aku ke? Sifat aku ke? Bau aku ke????
Bertubi-tubi soalan mengasak aku...

Kenapa aku yang kau mainkan?
Kenapa kau bertunang denganku jika aku ingin kau sakiti?

Kau yang datang kepadaku.. Kau yang menghulurkan tangan kepadaku..
Kini, semuanya aku telah serahkan kepada kau.. Jiwa dan ragaku..
Aku menangis macam orang gila.. Aku hilang waras seketika..

Aku hanya menunggu ungkapan dari kau...
Jika kau ingin tamatkan semuanya.. aku terima..
Kini, aku pasrah..

Tuesday, July 30, 2013

Tapi dia?


aku sayang dia..tapi dia?
aku berikan semuanya padanya..tapi dia?
aku berubah kerananya.. tapi dia?

aku nampak semuanya..
aku tau semuanya..
permainan dia.. erti sayang dia..
aku tau..
tapi dia?? hmmm....





Thursday, December 15, 2011

terima kasih

terima kasih di atas sapaan lembut tu
terima kasih kerana memberikan senyuman yang ikhlas itu
terima kasih kerana memberitahu perkara sebenarnya
terima kasih kerana menzahirkan apa yang terlintas di hati dan fikiran itu

terima kasih yang tak terhingga
kerana berjaya mempermainkan jiwa yang naif
menganggap diri berjaya mencuri hati
rupanya hanya tempat bertaruh suka

indah dunia jika dihiasi cinta ikhlas
tidak ditemui walau hanya sekelumit
hanya derita di akhir perkenalan
untuk menguji kekuatan hati

terima kasih atas perasaan itu..
simpan saje lah ye!

Tuesday, August 02, 2011

Happy ending love story

Apa yang kau mahukan?? Manusia takkan pernah berpuas hati. Ada saja yang tak kena. Tadi aku baca novel Hlovate. Penulisannya aku suka. Tapi cerita cintanya membuatkan aku sayu.. Kenapa aku sedih? Cerita lovey dovey ni sometimes make me feel lonely.. Sebab aku masih single..!! Tu la.. Tapi yang membuatkan aku lebih sedih bukan lah sebab aku single (betol la!!), tapi the ending yang menggembirakan. Kalau sesiapa yang selalu baca novel, korang mesti mahukan ending yang happy kan... Happily ever after.. Nonsense!!!

Setiap life kita ni takkan ada happily ever after.. Why?? Because, masa bercinta, semuanya indah. 7-8 tahun bercinta..then married. Haa~ malapetaka datang melanda.. Masa inilah tunggang langgang segala isi rumah. Suara tu usah nak cakaplah, macam nak bagi satu dunia dengar. Padahal jarak tu, berbisik pun boleh dengar. Yang paling tak boleh blah, semua perkara menyakitkan mata. Apa pun tak bleh! Tak macam sewaktu bercinta dulu.. Kini yang indah menjadi nightmaresssssss.. Hahhaaaa!!!!!!

Tu aku cakap manusia ni takkan pernah nak puas hati. Ada je yang tak kena. Dah dapat bini yang cun melecun, laki lain pandang pun meleleh air liur..tu pun boleh nak diceraikan. Yang pompuan pulak, dapat hasben yang macho giler!! Semua pompuan dok melopong tengok sebab tak dapat hasben macam tu.. Tu pun nk minta diceraikan. Bergegar tiang Arasy!!

Payah aku nak percayakan cinta. Sebab bagi aku, ianya susah nak dikekalkan. Cinta novel yang mana endingnya happy tu bagi aku mengarut. Bila dah kahwin, tamat.. Wekkk!! Cerita yang sebenar bermula bila lafaz "aku terima nikahnya". Itulah cerita sebenarnya. Berapa ramai yang boleh kekalkan cinta hingga akhir hayat? Berapa ramai yang mampu bertahan selepas 5 tahun hidup bersama? Keruntuhan akhlak remaja bermula dari rumah.. Cinta...??? heh!!!

Friday, June 10, 2011

errr...ape ni??

Sunyi..apa yang dimaksudkan dengan sunyi.. adakah ianya seperti padang pasar yang hanya ada pasir?? aku pun tak dapat nak tafsirkan maknanya yang sebenar. tapi aku sedang melaluinya..aku pasti! aku tipu jika aku kata aku tak mahukan hidup seperti kawan-kawanku yang acapkali bercerita pasal pasangan masing-masing. Malah sudah banyak undangan perkahwinan yang aku terima. heh! Ada yang kata jadi diri sebenar.. bagaimana jika dengan menjadi diri aku yang sebenarnyalah menjadi punca mengapa aku masih bersendirian.? nampak sangat orang sekarang lebih memandang rupa.. aku tak terkecuali.

Aku cuba untuk menepis rasa sunyi aku ini..bergelak ketawa dengan rakan-rakan, sibukkan diri dengan keje..online sepanjang masa..hahaa~ tapi bila aku sendirian, aku tak dapat nak menghalang fikiran aku dari memikirkannya. Apa silap aku? Apa yang orang cari sebenarnya? Di saat aku berjumpa dengan orang yang aku rasa masuk kepala, dia makin menjauhkan diri..ok, aku bukan seorang yang baik..memang harus dijauhkan.. tapi itulah, bila aku keseorangan, fikiran aku menerawang ke alam fantasi..aku aku pasti takkan berlaku..semuanya hanya di dalam mimpi.. mempunyai keluarga, anak, teman sehidup..heh! hanya angan-angan kosong..


My bestfriend said, aku masih muda..banyak lagi masa..macam mana kalau ditakdirkan aku memang takkan merasainya?? tiada jawapan untuk itu..jika aku masuk syurga, ya, aku akan ditemani..jika neraka? *errrr........*

Aku dah bosan dengan cerita pasal bf/gf ni.. kenapalah korang selalu ceritakan semua tu pada aku?? Aku taknak dengar lah! bosan tau x..aku tau korang nak share happiness korang tu dengan satu dunia..tapi aku dont care! Bukan aku leh bahagia dengan dgr cerita korang tu..muak lagi adalah..then, cerita yang dia ada orang lain la, xpun nak memarah aku tak pasal-pasal..padahal dia yang buat hal dengan ko..fed up! memang aku tumpang happy bila ko dah jumpa si dia..but dont tell me everything! ko gaduh, nak jumpa, dia bagi hadiah..semua tu aku taknak tau..sebab aku jeles! puas hati??? GRRRRR......

Thursday, March 17, 2011

Crazy

Aku dah macam orang gila kat sini..life's student tak seindah yang dibayangkan..siapa bayangkan life's student a jumpa chinta hati?? Siapa bayangkan life's student adalah rentak yang kita lagukan?? Huh! Semuanya hanya igauan..

STRESS!! Aku tak tahan..anyone can hold me..?? I really want support rite now..My mental really tired rite now..tomorrow i have test..but i cant understand anything..isk..isk..

Looking at my friends struggling to understand the chapter, i just sitting in front of my desk..my lappy..doing nothing! Maybe they stress to see my like this..but im more stress looking at them try to memorize the chapters.. Arghhh!!!

Wednesday, January 26, 2011

Sakit Perut

Dah bape lama dah aku ni sakit perut..?? Maunya dah dekat seminggu..pagi-pagi je dah masuk bilik air muntah angin..kalau orang tengok dah macam orang pregnant pulak..Yela, yang tengah mengidam itu ini..suruh suami carikan makanan yang pelik-pelik..aku nak suh siapa carikan??? hahahaaa~

Perut aku ni kot yang tak sesuai dengan makanan Selangor ni..Ni kan baru pertama kali aku keluar dari Pahang..Dulu pun aku penah gi Terengganu..ada xtvt menarik kat sana..Balik rumah je, sebulan aku muntah-muntah ngn curut cirit-birit..masalah betul kalau perut memilih ni..aku jugak yang terseksa...

Tapi nak buat camne kan..pasrah jela..Aku kan cool..kalau sakit sangat aku lepak bilik je..Kelas tak payah la nak pergi..watpe aku nak susahkan diri aku kan..rehat je kan bagus...!!

Sunday, January 16, 2011

Ni sumer pasal aku!!

Aku nak citer sedikit sebanyak pasal aku je..kalau taknak tau, jangan baca!!

Aku hanya insan yang tinggal di Malaysia..tujuan aku berblogging ni untuk luahan hati je..so, aku dont expect ada orang yang akan follow or baca..kind of boring...*huarrgghhhh~~* Dulu aku pernah terfikir, ada tak medium untuk aku meluahkan perasaan hati, usus perut aku ni kat dunia maya ni..maksud aku dalam dunia tanpa sempadan ni la..rupa-rupanya wujud..tapi tak semua orang suka baca kan..so, i dont care!! This one of my medium untuk melepaskan tension, hepy, marah, sedih, n sebagainya..

Aku memang suka akan dunia tanpa sempadan ni..buka itu..buka ini...jalan-jalan blog orang..n some of them really fun..and i got some of the info from them..mane yang boring tu aku skip je la..Opss!! dah lari dari tajuk..

Back to tittle,, aku ni bukan seorang yang famous macam Hanis Zalikha or yang penuh info macam The Other Khairul (named some of them,,yang ni aku follow). Kadang aku baca blog dorang ni untuk hilangkan stress..n they r not boring..opss!! Lari tajuk lagi..hehehee.. Okey!! Aku bukan seorang yang macho atau cantik..Aku ni kadang-kadang serius dalam main-main dan sebaliknya, (main-main dalam serius). Ada yang kata aku ni memang membosankan..Aku terima je..i dont really care..

Aku bukan seorang yang baik sangat..
juga bukan seorang yang jahat..tengah-tengah..
Mudah emo..sedikit baran..
mudah tersenyum..
kadang-kadang sombong..kadang-kadang terlebih ramah..
Suka surf internet *blog walking*
Kadang-kadang blurr..kadang-kadang nakal..
Nerd..but not really excellent in academic..*hAhAA~*
SINGLE (kenapa pakai capital??)

*apsal semuanya pic pompuan utk nerd tapi nakal?? source: google*