Friday, January 13, 2012

i miss u

teruk jugak ye perasaan ni..bila dah jadi mcam ni baru nak perasan..
hehee penasaran?
aku tak tau..please give me hint..what is my real feel right now..




Monday, January 02, 2012

Kurang hajar?

tak semesti yang lebih makan garam itu betol
tak semestinya yang baru bertatih itu salah

semuanya berdasarkan fakta
apa lagi yang kau pertikaikan?
buktinya semua ada di depan mata
sepanjang tahun, setiap detik
semuanya kau ungkit untuk apa?
hanya kerana aku mempertahankan apa yang benar?
kau buang aku seperti buang debu
tiup begitu sahaja...

Derita yang ciptakan, pernah tak kau ungkit?
Air mata yang kau tumpahkan, pernah kau kisah?
Kesakitan hati yang kau torehkan, pernah kau peduli?


Kenapa kini baru kau terasa?
Mengatakan bahawa aku kurang didikan..
Menjadi kurang ajar dimatamu..
Hanya dimatamu....

Kau yang kutunggu..
Bila kau akan muncul dalam hidupku?
Bawalah aku dari sini
Jauh dari kesakitan ini...
Aku menunggumu...

Monday, December 19, 2011

sunyi mendesah jiwa

pedih..terluka..
sukarnya memuaskan hati semua orang
akhirnya hati kita yang terluka pedih

mungkin aku terlalu kejam
tapi itu untuk kebaikan juga

kenapa aku begini?
adakah ianya sudah mula berputik?
tapi disaat inginku siram
hatiku mula menyuram sepi

kutunggu dengan penuh sabar
namun ia masih belum menunjukkan tanda
diam sepi meresahkan hati

mungkin bukan dia yang kutunggu...

Thursday, December 15, 2011

terima kasih

terima kasih di atas sapaan lembut tu
terima kasih kerana memberikan senyuman yang ikhlas itu
terima kasih kerana memberitahu perkara sebenarnya
terima kasih kerana menzahirkan apa yang terlintas di hati dan fikiran itu

terima kasih yang tak terhingga
kerana berjaya mempermainkan jiwa yang naif
menganggap diri berjaya mencuri hati
rupanya hanya tempat bertaruh suka

indah dunia jika dihiasi cinta ikhlas
tidak ditemui walau hanya sekelumit
hanya derita di akhir perkenalan
untuk menguji kekuatan hati

terima kasih atas perasaan itu..
simpan saje lah ye!