Monday, November 30, 2015

Aku Pengemis Cinta

Pedih bila setiap kali kita bergaduh, akhirnya aku yang mengalah
Aku kalah dengan perasaanku sendiri

Aku tau kau dah tidak seperti dulu, mencintaiku sepenuhnya
Kini, kau dengan dunia kau.. sahabat dan kerja...
Aku diketepikan dulu.. tidak begitu penting..

Seringkali aku tertanya sendiri, tanpa jawapan...
Siapakah aku dimatamu, dihatimu?
Apakah aku memberi impak pada dirimu?

Aku hanya aku...
Kau hanya kau...
Kau dan aku sudah berbeza jalanan...
Kau ke kiri, aku ke kanan...

Perkhabaran yang ku dengar seringkali ini, benar-benar membuatku berfikir...
Mengikut akalku, tinggalkan saja kau..
Kau tidak pernah fikirkan aku, tidak pernah bertanya khabarku...
Mungkin aku akan ditingggalkan....
Tapi hati lebih menguasai...
Apa yang harus kulakukan?

Sunday, November 01, 2015

Aku Paranoid

Kau mengajarku erti cinta dari seorang lelaki
Kau membuatku rindu sepanjang masa, memikirkanmu
Kau membuatku tidak tenteram bila berjauhan denganmu

Aku tidak puas memandangmu 
Aku tidak puas memelukmu
Aku tidak puas, selagi kau belum sah menjadi milikku

Aku menjadi tamak
Tamak dalam mencari erti cinta kau
Tamak dalam kerinduanku terhadapmu
Tamak dalam mencari perhatianmu
Aku hanya ingin kau menjadi milikku seorang
Aku tidak ingin berkongsi dengan sesiapa

Aku dah bukan diriku yang dulu
Yang sentiasa tenang menghadapi hari-hari berliku
Aku kini penuh dengan kerisauan tentang hari esok
Aku menjadi paranoid


Tuesday, October 27, 2015

Curang

Tengah melayan Charmed, telefonku berbunyi...Whatsapp masuk...dari rakanku di Kajang...

F: awk btunang thun lepas kan?
A: eh..tahun ni la
F: owh..plan kendurinya pulak bila?
A: tu kena tanya H huhu
     sy pun tau bila lg
F: la..mcam tu plk..hehe..
     nnt nk dtg kjg bgtaw la awal2
    kita wat surprise kat H
    hehe

Starting tu, hati aku berdebar-debar...tak tenang...
Apa yang kau dah buat wahai En sotongku...


Wow!! Gelap terasa pandangan.. Aku terpana.. Gila!!!
Kenapa..kenapa...kenapa... Itu je soalan yang terjah dalam kepala aku

Aku tak cukup sempurna ke bagi kau? - Mana ada manusia yang sempurna-
Aku tidak layak ke untuk kau? - Kau pun belum tentu layak untuk aku-
Perangai aku ke? Sifat aku ke? Bau aku ke????
Bertubi-tubi soalan mengasak aku...

Kenapa aku yang kau mainkan?
Kenapa kau bertunang denganku jika aku ingin kau sakiti?

Kau yang datang kepadaku.. Kau yang menghulurkan tangan kepadaku..
Kini, semuanya aku telah serahkan kepada kau.. Jiwa dan ragaku..
Aku menangis macam orang gila.. Aku hilang waras seketika..

Aku hanya menunggu ungkapan dari kau...
Jika kau ingin tamatkan semuanya.. aku terima..
Kini, aku pasrah..

Sunday, July 05, 2015

Penat Memikirkanmu

aku penat dalam menjaga hubungan ini
sedangkan kau sibuk dengan rakan2mu
aku penat menjaga hatimu
sedangkan hatiku sendiri sering terguris

silap salahku sering nampak dimatamu
silap salahmu, aku pejamkan saja

silapku kerana menggilaimu
sedangkan kau hanya menikmati
salahku kerana mudah memaafkanmu
sedangkan kau sering mengulanginya

aku sering dipulaukan orang sekeliling
tidak mengapa, aku masih dapat bertahan
tetapi bila dengan orang yang aku sayang
aku kalah serta merta.. hatiku rapuh

kau hiduplah dengan caramu
aku tidak ingin campur tangan
tapi jika kau memerlukan aku
aku akan sentiasa berada disisimu
kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku