Tuesday, August 02, 2011

Happy ending love story

Apa yang kau mahukan?? Manusia takkan pernah berpuas hati. Ada saja yang tak kena. Tadi aku baca novel Hlovate. Penulisannya aku suka. Tapi cerita cintanya membuatkan aku sayu.. Kenapa aku sedih? Cerita lovey dovey ni sometimes make me feel lonely.. Sebab aku masih single..!! Tu la.. Tapi yang membuatkan aku lebih sedih bukan lah sebab aku single (betol la!!), tapi the ending yang menggembirakan. Kalau sesiapa yang selalu baca novel, korang mesti mahukan ending yang happy kan... Happily ever after.. Nonsense!!!

Setiap life kita ni takkan ada happily ever after.. Why?? Because, masa bercinta, semuanya indah. 7-8 tahun bercinta..then married. Haa~ malapetaka datang melanda.. Masa inilah tunggang langgang segala isi rumah. Suara tu usah nak cakaplah, macam nak bagi satu dunia dengar. Padahal jarak tu, berbisik pun boleh dengar. Yang paling tak boleh blah, semua perkara menyakitkan mata. Apa pun tak bleh! Tak macam sewaktu bercinta dulu.. Kini yang indah menjadi nightmaresssssss.. Hahhaaaa!!!!!!

Tu aku cakap manusia ni takkan pernah nak puas hati. Ada je yang tak kena. Dah dapat bini yang cun melecun, laki lain pandang pun meleleh air liur..tu pun boleh nak diceraikan. Yang pompuan pulak, dapat hasben yang macho giler!! Semua pompuan dok melopong tengok sebab tak dapat hasben macam tu.. Tu pun nk minta diceraikan. Bergegar tiang Arasy!!

Payah aku nak percayakan cinta. Sebab bagi aku, ianya susah nak dikekalkan. Cinta novel yang mana endingnya happy tu bagi aku mengarut. Bila dah kahwin, tamat.. Wekkk!! Cerita yang sebenar bermula bila lafaz "aku terima nikahnya". Itulah cerita sebenarnya. Berapa ramai yang boleh kekalkan cinta hingga akhir hayat? Berapa ramai yang mampu bertahan selepas 5 tahun hidup bersama? Keruntuhan akhlak remaja bermula dari rumah.. Cinta...??? heh!!!

No comments: