Tuesday, October 27, 2015

Curang

Tengah melayan Charmed, telefonku berbunyi...Whatsapp masuk...dari rakanku di Kajang...

F: awk btunang thun lepas kan?
A: eh..tahun ni la
F: owh..plan kendurinya pulak bila?
A: tu kena tanya H huhu
     sy pun tau bila lg
F: la..mcam tu plk..hehe..
     nnt nk dtg kjg bgtaw la awal2
    kita wat surprise kat H
    hehe

Starting tu, hati aku berdebar-debar...tak tenang...
Apa yang kau dah buat wahai En sotongku...


Wow!! Gelap terasa pandangan.. Aku terpana.. Gila!!!
Kenapa..kenapa...kenapa... Itu je soalan yang terjah dalam kepala aku

Aku tak cukup sempurna ke bagi kau? - Mana ada manusia yang sempurna-
Aku tidak layak ke untuk kau? - Kau pun belum tentu layak untuk aku-
Perangai aku ke? Sifat aku ke? Bau aku ke????
Bertubi-tubi soalan mengasak aku...

Kenapa aku yang kau mainkan?
Kenapa kau bertunang denganku jika aku ingin kau sakiti?

Kau yang datang kepadaku.. Kau yang menghulurkan tangan kepadaku..
Kini, semuanya aku telah serahkan kepada kau.. Jiwa dan ragaku..
Aku menangis macam orang gila.. Aku hilang waras seketika..

Aku hanya menunggu ungkapan dari kau...
Jika kau ingin tamatkan semuanya.. aku terima..
Kini, aku pasrah..

Sunday, July 05, 2015

Penat Memikirkanmu

aku penat dalam menjaga hubungan ini
sedangkan kau sibuk dengan rakan2mu
aku penat menjaga hatimu
sedangkan hatiku sendiri sering terguris

silap salahku sering nampak dimatamu
silap salahmu, aku pejamkan saja

silapku kerana menggilaimu
sedangkan kau hanya menikmati
salahku kerana mudah memaafkanmu
sedangkan kau sering mengulanginya

aku sering dipulaukan orang sekeliling
tidak mengapa, aku masih dapat bertahan
tetapi bila dengan orang yang aku sayang
aku kalah serta merta.. hatiku rapuh

kau hiduplah dengan caramu
aku tidak ingin campur tangan
tapi jika kau memerlukan aku
aku akan sentiasa berada disisimu
kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku

Thursday, May 28, 2015

Lelakiku Encik Sotong

Susahnyalah nak jaga hati seorang makhluk ni
Rajuknya mengalahkan pompuan!!

Kenapalah yang dilarang tu la nak jugak
Kita je nak kena jaga hati dia huuhuhu
Sakit!!

Bila jauh rasa rindu
Bila depan mata, rasa geram pulak


Saturday, December 27, 2014

Kau Kucinta..Kau Kusayang

setelah harapan diberi

ke ranjang ku bersua
tergoda dengan dunia
kini kau inginkan ruang?

sesak nafas?
mungkin aku harus pasrah
dari awal telah kujangka
hati masih degil

mungkin ini bukan takdir kita
berkenalan hanya seketika
merasai apa itu cinta dan sayang
antara dua hati, antara dua jantina

belajar untuk menerima itu susah
walaupun sudah banyak terkena
aku masih tidak serik.. sering mengulanginya

bukan salah kau