Tuesday, July 26, 2011

Kahwin

Kahwin..apa yang korang tau pasal kahwin?? bagi aku, dengan berkahwinlah berkembangnya keluarga. Bila berkahwin, bukan saja dapat seorang isteri/suami, tapi juga extra emak/ayah dan siblings yang lain. Besar komitmennya sebuah perkahwinan!!

Kalau anda bersedia nak jadi suami/isteri, anda bersediakah nak menjadi anak dan siblings pada keluarga mertua?? Bagi aku, aku masih belom bersedia. Mungkin kerana sekarang aku masih single. Aku selesa dengan famili aku sendiri. Duduk rumah goyang bontot! Wahahahaa~ Selesa menjadi anak yang pemalas. Bila berkahwin, kita perlu berubah. Sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri.

Melihat pada sebuah perkahwinan, luarannya nampak macam easy. Isteri masak, kemas rumah, mengandung, jaga anak, and of course jaga suami. Si suami pula, pergi kerja, cari nafkah, balik rumah, bantu isteri mana yang patut and jaga isteri. Nampak macam mudah kan. Setiap perkahwinan dugaannya berlaianan. Ada yang tiada anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Ada yang berubah perangai kerana semakin lama bersama. Kegawatan ekonomi keluarga kerana bilangan ahli keluarga semakin bertambah. Itu belum dicampur dengan hubungan dengan mertua. Macam-macamlah!

Aku masih senang single begini dari tertekan dengan semua masalah itu semua. Siapa yang taknak kahwin kan. Ada anak sendiri. Tapi mungkin sedikit sebanyak faktor sekeliling membuatkan aku takut untuk membuat komitmen untuk jangka masa panjang. Plus, aku masih mencari si dia yang sudi menerima aku luar dan dalam. Seperti kata penulisan di Terfaktab. Siapa yang tak baca Terfaktab kan..*senyum*


Selepas kahwin adakah cinta akan berkekalan?


Atau akan rapuh?

Tuesday, July 19, 2011

Hatiku ketika hening pagi

Kesejukan pagi ni menusuk-nusuk ke kulitku
Terasa mataku pedih kerana terlalu memaksa
Padahal ia sudah penat untuk terus bekerja
Kenapalah aku kerap memaksa diri

Apa yang sedang berlaku kini?
Kerapkali terimbau kenangan yang ingin dibuang pergi
Keseorangan acapkali membuat kita berfikir
Kehidupan akan datang dan yang lepas
Menyesal perit mengharapkan tidak pernah berlaku
Mengharap terpadam seperti pasir disirami air

Hati yang sunyi ingin mencari penawar rasa
Mengapa ditangguh jika pengubat berada di depan mata
Merobek sang hati terasa oleh badan

Sunday, July 10, 2011

Gadis pemalu

Di mana si gadis yang dulu
Pabila ditegur, tersipu-sipu malu
Menundukkan wajah
Ingin menyembunyikan rupa

Di mana si gadis yang dulu
Pabila dikerumuni rakan-rakan lelaki
Diam tidak berbunyi
Hanya tersenyum diusik

Kini yang tinggal hanya si gedik
Yang sentiasa membuat onar
Mencari mangsa dengan kenyitan dan senyuman goda
Cukup cantikkah kau?

*Si pemalu bertukar menjadi si gedik*

*Aku merindui si gadis pemalu*