Kalau anda bersedia nak jadi suami/isteri, anda bersediakah nak menjadi anak dan siblings pada keluarga mertua?? Bagi aku, aku masih belom bersedia. Mungkin kerana sekarang aku masih single. Aku selesa dengan famili aku sendiri. Duduk rumah goyang bontot! Wahahahaa~ Selesa menjadi anak yang pemalas. Bila berkahwin, kita perlu berubah. Sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri.
Melihat pada sebuah perkahwinan, luarannya nampak macam easy. Isteri masak, kemas rumah, mengandung, jaga anak, and of course jaga suami. Si suami pula, pergi kerja, cari nafkah, balik rumah, bantu isteri mana yang patut and jaga isteri. Nampak macam mudah kan. Setiap perkahwinan dugaannya berlaianan. Ada yang tiada anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Ada yang berubah perangai kerana semakin lama bersama. Kegawatan ekonomi keluarga kerana bilangan ahli keluarga semakin bertambah. Itu belum dicampur dengan hubungan dengan mertua. Macam-macamlah!
Aku masih senang single begini dari tertekan dengan semua masalah itu semua. Siapa yang taknak kahwin kan. Ada anak sendiri. Tapi mungkin sedikit sebanyak faktor sekeliling membuatkan aku takut untuk membuat komitmen untuk jangka masa panjang. Plus, aku masih mencari si dia yang sudi menerima aku luar dan dalam. Seperti
Selepas kahwin adakah cinta akan berkekalan? |
Atau akan rapuh? |