Sunday, May 01, 2016

Hati VS Akal

Hati  : Dia rindu aku tak?

Akal : Mestilah tak..Kalau dia rindu, dah lama dia cari kau..

Hati  : Dia ingat aku tak?

Akal : Dari dia ingat kau, mesti dia lagi ingat EX dia..sebab dia lagi banyak kenangan dengan EX dia dari dengan kau... Dengan kau baru setahu, dengan ex dia tu dah tujuh tahun tau tak...

Hati  : Aku rindu dia...

Akal : Tak guna.. kau sendiri menyakiti diri kau..ingat ke dia..dia tak ingat kau sikit pun..


Monday, February 08, 2016

Si Pinocchio

Perangai macam sial lahant!!!

Dah la dulu kau yang beriya terhegeh2 kat aku
Sekarang kau buat tak reti je

Dasar orang tua tak sedar diri!!!!
Suka bergantung pada pmpuan,
Tak reti nk berjimat, hutang keliling pinggang
Berlagak kaya!

Dulu bolehlah sebab ex kau orang senang,
Padan muka kena tinggal
Pastu terhegeh2 nk try semua pmpuan

Dah la macam sotong
Cakap boleh tahan lama, tak sampai sejam dah pancit
Pastu salahkan orang sebab kuat sangat
Padahal kau yang lemah!

Sunday, January 24, 2016

Benci Kerana Sayang

Kadang aku benci diriku sebab sayangkan kau
Aku cuba untuk tinggalkan kau
Aku makin terluka dengan perbuatanku
Tak boleh ke kau jadi apa yang aku inginkan?

Apa je yang kau ada?
Tiada...
Tapi aku masih menanti

Aku nak lupakan kau
Lupakan perasaan ni
Hilangkan kesakitan ni
Mulakan hidup tanpamu

Thursday, December 31, 2015

Kau.. Aku... Bukan Milik Kita

Di kala aku keseorangan, kau datang
Menagih sayangku, menagih cintaku
Kesunyian membuatmu datang kepadaku
Semakin rapat, mengisi ruang hatiku

Berkali aku menolakmu dengan lembut
Menjarakkan diri dari menghampiri mu
Tapi kau datang tanpa kenal jemu
Mengikutku kemana ku pergi, kaki melangkah

Di Semenanjung,
Kau sanggup redah hujan menunggang motor
Hanya untuk bertemu denganku
Melepaskan rindu, dengan hanya memandang wajahku

Selepas bertukar status hubungan
Kurasa hubungan semakin jauh, sejauh jarak kedudukan kita
Segala kenangan manis, perlahan-lahan bertukar
Menjadi kepedihan yang mecucuk setiap masa

Aku tidak tahu di mana silapku
Perlahan-lahan kau berubah hati

Jika salahku hanya kerana hubungan jarak jauh
Sepatutnya dari mula lagi kau tidak mendekatiku

Aku tidak lagi kenal dirimu
Tiada lagi sms, whatsapp ucapan rindu sayang darimu
Tiada lagi panggilan telefon melepaskan rindu
Malah, bau badanku juga sudah kau jelek

Bila kali terakhir kita benar-benar bersama?
Hanya kau dan aku...
Aku hanya nampak masalah, tak mungkin kita akan bersama
Pembinaan masjid antara kau dan aku, hanya tinggal mimpi
Kau bukan untukku, dan aku bukan untukmu

Aku telah lama kehilangan rasa cinta kau untukku
Aku hanya berpaut pada mimpi anganku
Kau,. sebenarnya telah lama kembalikan hatiku
Aku.. yang tidak mahu tersedar dari fantasi